Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya
(Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Qur’an dan Sunah shahihah, beliau
mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:
Sesungghnya Dzat Yang Mensyariatkan telah menjadikan
beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah – Allah Ta’alaa
telah menetapkannya dengan kurnia dan kenikmatanNya – maka siapa sahaja yang
meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita
gembira:
Pertama:
Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang
kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih di antaranya:
قوله: صلى الله عليه
وسلم : ( من كان آخر
كلامه لا إله إلا
الله دخل الجنة ) .( حسن
)
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (
barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga )
( hadits hasan)
Kedua:
Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan
keringat atau peluh berdasarkan hadits Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:
عن بريدة بن الخصيب
رضي الله عنه : ( صحيح
) ( أنه كان بخراسان فعاد
أخا له وهو مريض
فوجده بالموت وإذا هو
يعرق جبينه فقال : الله
أكبر سمعت رسول الله
صلى الله عليه وسلم
يقول : ( موت المؤمن بعرق
الجبين ) .
Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahwa ketika
dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia
mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata:
Allahu Akbar, aku mendngar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (
kematian seorang mukmin disertai keringat dikeningnya )
( hadits shahih ).
Ketiga:
Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau
siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ( hadits
dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )
لقوله صلى الله عليه
وسلم : ( ما من مسلم
يموت الجمعة أو ليلة
الجمعة إلا وقاه الله
فتنة القبر ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( tidaklah
seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan
Allah Melindunginya dari siksa kubur ).
Keempat:
Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang
sebagaimana firman Allah Ta’alaa :
قال الله تعالى : “وَلَا
تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ
رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ
مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ
مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ
بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ
وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ
أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [آل عمران : 169 - 171].
Artinya: ( dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahwa
orang-orang yang terbunuh dijalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rizki
disisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah
kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum
mengikuti mereka dibelakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka
memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan karuniaNya dan bahwa
Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman)
(QS Ali Imran
:169-171).
( صحيح
) وقال صلى الله عليه
وسلم : ( للشهيد عند الله
ست خصال :” يغفر له
في أول دفعة من
دمه، ويرى مقعده من
الجنة، ويجار من عذاب
القبر، ويأمن الفزع الأكبر،
ويحلى حلية الإيمان، ويزوج
من الحور العين، ويشفع
في سبعين إنسانا من
أقاربه )
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( orang
yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak tetesan darahnya
yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam surga, dijauhkan dari siksa kubur,
diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat dihari kiamat, dipakaikan mahkota
keimanan, dinikahkan dengan bidadari surga, diizinkan memberi syafaat bagi
tujuh puluh anggota keluarganya) (hadits shahih).
Kelima:
Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah
(bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:
لقوله صلى الله عليه
وسلم : ( ما تعدون الشهيد
فيكم ؟ ) قالوا : يا
رسول الله من قتل
في سبيل الله فهو
شهيد قال : ( إن شهداء
أمتي إذا لقليل ) . قالو
: فمن هم يا رسول
الله قال : ( من قتل
في سبيل الله فهو
شهيد ومن مات في
سبيل الله فهو شهيد
ومن مات في الطاعون
فهو شهيد ومن مات
في البطن ( 1 ) فهو شهيد والغريق
شهيد ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( apa yang
kalian nilai sebagai syahid diantara kalian ?) mereka berkata: Ya Rasulullah
siapa yang terbunuh dijalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: ( jadi
sesungguhnya para syuhada umatku sedikit ). Mereka berkata: lalu siapa mereka
Ya Rasulullah ? Beliau berkata: ( barang siapa yang terbunuh dijalan Allah
syahid, barangsiapa yang mati dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati
karena wabah taun syahid, barangsiapa yang mati karena penyakit perut syahid,
dan orang yang tenggelam syahid).
Keenam:
Mati kerana satu wabak penyakit tha’un, berdasarkan
beberapa hadits diantaranya:
( صحيح
) ا قوله صلى الله
عليه وسلم : ( الطاعون شهادة لكل
مسلم ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( wabah
tha’un merupakan kesyahidan bagi setiap muslim).( hadits shahih)
Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan
hadits di atas.
Kelapan dan kesembilan:
Mereka yang mati kerana tenggelam dan
terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:
( صحيح
) لقوله صلى الله عليه
وسلم : ( الشهداء خمسة : المطعون
والمبطون والغرق وصاحب الهدم
والشهيد في سبيل الله
) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( syuhada
ada lima: yang mati kerana wabak ta’un, kerana penyakit perut, yang tenggelam,
yang terkena runtuhan dan yang syahid dijalan Allah) ( hadits shahih).
Kesepuluh:
Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya
disebabkan melahirkan anaknya:
( صحيح
) لحديث عبادة بن الصامت
: أن رسول الله صلى
الله عليه وسلم عاد
عبد الله بن رواحة
قال : فما تحوز له
عن فراشه فقال : أتدري
من شهداء أمتي ؟
قالوا : قتل المسلم شهادة
قال : ( إن شهداء أمتي
إذا لقليل قتل المسلم
شهادة والطاعون شهادة والمرأة يقتلها
ولدها جمعاء شهادة [ يجرها
ولدها بسرره إلى الجنة
] ) .
Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahwa Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak
berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari
umatku ? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau
berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim
syahid, mati kerana wabak tha’un syahid, wanita yang mati kerana janinnya
syahid [ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesurga]) ( hadits shahih ).
Kesebelas dan kedua belas:
Mereka yang mati kerana terbakar
dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa
hadits yang terkait yang paling masyhur:
عن جابر بن عتيك
مرفوعا : ( صحيح ) ( الشهداء سبعة سوى
القتل في سبيل الله
: المطعون شهيد والغرق شهيد
وصاحب ذات الجنب شهيد
والمبطون شهيد والحرق شهيد
والذي يموت تحت الهدم
شهيد والمرأة تموت بجمع
شهيدة )
Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : ( syuhada ada
tujuh selain terbunuh dijalan Allah: yang matu kerana wabak tha’un syahid, yang
tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada
syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena
runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid) (hadits
shahih).
Ketiga belas:
Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan
hadits:
( حسن
) لقوله صلى الله عليه
وسلم : ( القتل في سبيل
الله شهادة والنفساء شهادة
،والحرق شهادة والغرق شهادة،
والسل شهادة ،والبطن شهادة
) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( terbunuh
dijalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang
terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB
syahid, yang mati kerana sakit perut syahid) (hadits hasan).
Keempat belas:
Mereka yang mati kerana mempertahankan
hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadits di antaranya:
( صحيح
) ( من قتل دون ماله
( وفي رواية : من أريد
ماله بغ ) ير حق فقاتل
فقتل ) فهو شهيد.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (
barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya ( dalam riwayat: barangsiapa yang
hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan
terbunuh) maka dia syahid) (hadits shahih).
Kelima belas dan keenam belas:
Mereka yang mati kerana
mempertahankan agama dan dirinya:
( صحيح
) لقوله صلى الله عليه
وسلم : ( من قتل دون
ماله فهو شهيد ومن
قتل دون أهله فهو
شهيد ومن قتل دون
دينه فهو شهيد ومن
قتل دون دمه فهو
شهيد ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: (
barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh
kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid,
barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid) ( hadits shahih).
Ketujuh belas:
Mereka yang mati dalam keadaan ribath
(berjaga di sempadan) dijalan Allah. Ada dua hadits dalam hal itu salah
satunya:
( صحيح
) ( رباط يوم وليلة خير
من صيام شهر وقيامه
،وإن مات جرى عليه
عمله الذي كان يعمله
وأجري عليه رزقه وأمن
الفتان ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( ribath
sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan
jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan
dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah) ( hadits shahih).
Kelapan belas:
Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan
hadits:
لقوله صلى الله عليه
وسلم : ( صحيح ) ( من قال : لا
إله إلا الله ابتغاء
وجه الله ختم له
بها دخل الجنة ومن
صام يوما ابتغاء وجه
الله ختم له بها
دخل الجنة ومن تصدق
بصدقة ابتغاء وجه الله
ختم له بها دخل
الجنة ) .
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: (
barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu
wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barangsiapa berpuasa satu
hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk
syurga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah
Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga) ( hadits shahih).
Kesembilan belas:
Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang
zalim kerana memberi nasihat kepadanya:
لقوله صلى الله عليه
وسلم صحيح ) ( سيد الشهداء حمزة
بن عبد المطلب ورجل
قام إلى إمام جائر
فأمره ونهاه فقتله ) أخرجه
الحاكم وصححه والخطيب.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( penghulu
para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi
penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang
mungkar lalu dia dibunuhnya) Hadits dikeluarkan oleh Al Hakim dan
dishahihkannya dan Al Khatib.
Wallahu A’lam bishowab
Sumber : Blog Peribadi Rasulullah
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt,
SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)
Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~
║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©