Apabila seseorang itu
berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan
atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap
dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia
memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat
Istikharah sebanyak dua rakaat..
v
DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT
ISTIKHARAH
Solat Istikharah
ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah
radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala
urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda
bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ
غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
Maksudnya:
Jika salah seorang
di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan
solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ
بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي
دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ
قَالَ: عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي
وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ
قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ
كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan
dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana
sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau
mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya
Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara
langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan
dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang
akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian,
berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau
mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka
jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang
baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang
yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda bersabda:
Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no:
1162.
v
BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT
ISTIKHARAH
q
Solat Istikharah dilaksnakan
sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu
dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua
surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah
al-Fatihah.
q
Solat Istikharah boleh dilaksanakan
apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu
yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita
fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam
perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib
atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram
atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan
istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan
untuk dilakukan istikharah.
q
Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan
solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi
yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut
bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari
bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita
itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya
adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya
bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala
tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ
وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
…dan boleh jadi
kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka
kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) :
216
q
Solat Istikharah ini boleh juga
dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat
Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya
setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa
Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi
rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu
muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu
dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul
keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal
tersebut sudah mencukupi. – Rujuk
al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat
al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim
Bazmul, ms. 137.
q
Doa istikharah itu dibaca setelah memberi
salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh
diulang-ulang.
q
Bukan termasuk dalam syarat
Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau
tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang
itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu
keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih
untuknya.
v
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN
SOLAT ISTIKHARAH
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat
Istikharah
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat
akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke
kiri
4)
Membaca doa Istikharah
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt,
SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)
Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~
║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©