Marah?
Ada apa dengan marah?
Adakah ia merupakan satu perasaan?
Marah adalah perasaan yang paling dibenci oleh Allah
swt. Perasaan marah ini juga dibenci oleh semua orang. Jikalau anda seorang yang
pemarah, perbanyaklah berzikir mengingati Allah swt. Perbanyakkan muhasabah
diri.
"Jauhilah
kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak
Adam".
Lihat diri sendiri dan bertanya: adakah anda seorang yang
sempurna adni tidak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan
seharian? Kita semua adalah manusia yang begitu banyak dosa lagi tidak sempurna.
Oleh itu, jikalau kita ingin memarahi seseorang, fikir
dahulu sebelum melakukannya. Jika kemarahan itu berterusan, elakkanlah ia dengan
mengambil wuduk, membaca Al-quran, beristighfar, berzikir dan berdoa supaya hati
kita sentiasa tenang.
Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata
kepada kami:
"Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka
hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang
maka hendaklah ia berbaring.."
Sumber : Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt,
SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)
Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~
║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©