Samurah Bin Jundub melaporkan katanya, "Rasulullah SAW selalu bertanya kepada sahabat baginda, 'Ada sesiapa di kalangan saudara bermimpi?' Oleh itu orang yang hendak menceritakan mimpinya menceritakan kepada baginda.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW berkata kepada kami, 'Semalam dua orang datang kepada saya dan mereka berkata, 'Marilah.' Saya pun pergi bersama mereka.
Kami berjumpa LELAKI SEDANG BERBARING. Tiba-tiba datang orang lain BERDIRI SAMBIL MEMEGANG SEKETUL BATU YANG BESAR. Dia menghempaskan batu besar itu ke atas kepala lelaki yang berbaring itu lalu KEPALANYA PECAH HANCUR. Batu tadi bergolek dan lelaki tadi mengejar dan mengambilnya semula. Batu itu kembali ke tangan lelaki tadi apabila kepala si lelaki yang pecah itu sudah pulih seperti sedia kala.
Pembawa batu kembali semula kepada lelaki yang kepalanya sudah sembuh itu dan mengulangi perbuatannya tadi!
Saya bertanya kepada mereka yang mengajak saya, 'Maha Suci Allah! Siapakah mereka ini?'
Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.
Kemudian, kami berjumpa lelaki yang BERBARING TELENTANG, manakala seorang lagi sedang BERDIRI SAMBIL MEMEGANG CANGKUK BESI. Tiba-tiba, dia datang ke arah sisi sebelah muka lelaki yang berbaring itu lalu MEROBEK-ROBEK PIPINYA, HIDUNGNYA DAN MATANYA HINGGA TEMBUS KE BELAKANG. Kemudian dia beralih ke sebelah sisi yang lain dan melakukan perkara sama. Apabila selesai mengerjakan sisi itu, sisi yang pertama sudah sembuh seperti sediakala. Kemudian dia kembali ke situ dan mengulangi perbuatan yang sama.
Rasulullah SAW bertanya lagi, 'Saya berkata, 'Maha Suci Allah! Siapakah mereka ini?'
Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.
Kemudian kami berjumpa dengan benda seperti KETUHAR.
Kata pelapor hadis (Samurah), 'Saya rasa Rasulullah SAW berkata, 'Di dalam ketuhar itu ada BUNYI BISING DAN SUARA ORANG.
Rasulullah SAW berkata lagi, 'Kami pun lihat ke dalamnya, rupa-rupanya di dalam ketuhar itu ada lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang telanjang. Tiba-tiba API MARAK datang kepada mereka dari arah bawah dan mereka pun MERAUNG.
Saya bertanya lagi, 'Siapakah mereka?'
Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.
Kemudian kami menjumpai SUNGAI.
Kata pelapor hadis (Samurah), 'Saya rasa Rasulullah SAW berkata, 'Air sungai itu MERAH SEPERTI DARAH.'
Rasulullah SAW berkata lagi, 'Tiba-tiba di dalam sungai itu ada LELAKI YANG SEDANG BERENANG, manakala di tebing sungai pula LELAKI LAIN SUDAH SEDIA MENGUMPULKAN BANYAK BATU. Lelaki yang berenang itu datang dekat, lelaki yang mengumpulkan batu dan membuka mulutnya, lalu lelaki di tebing sungai pun MELONTARKAN BATU KE MULUTNYA. Kemudian dia pergi berenang lagi, dan datang semula kepada lelaki di tebing. Setiap kali dia datang, dia MEMBUKA MULUT dan lelaki di tebing melontarkan batu ke dalam mulutnya.
Saya bertanya kepada dua orang yang mengajak saya, 'Siapakah mereka ini?'
Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.
Kemudian kami berjumpa LELAKI YANG SANGAT HODOH RUPANYA. Dia menyalakn API DAN BERLARI-LARI MENGELILINGINYA.
Saya bertanya kepada dua orang itu, 'Siapakah orang ini?'
Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.
Kemudian kami sampai di TAMAN YANG SUBUR MENGHIJAU DAN BERBUNGA PELBAGAI WARNA. Di tengah-tengah taman itu ada LELAKI TINGGI, saya hampir-hampir tidak dapat melihat kepalanya kerana terlalu tinggi menjulang ke langit. Di sekeliling lelaki itu ada KANAK-KANAK, saya tidak pernah melihat kanak-kanak sebegitu ramai.
Saya bertanya, 'Siapa orang ini? Siapa pula kanak-kanak ini?'
Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.
Kemudian kami sampai pada POKOK BESAR, tidak pernah saya lihat pokok sebesar dan secantik itu!
Mereka berdua berkata kepada saya, 'Panjatlah.'
Kami memanjat sehingga sampai di KOTA YANG DIBINA DARIPADA BATU-BATA, EMAS dan PERAK. Kami pergi ke pintu pagar kota dan mengetuknya, lalu pintu dibuka. Kami disambut oleh orang-orang yang sebelah badan mereka ELOK rupanya seperti orang paling elok saudara lihat, manakala sebelah lagi badan mereka HODOH rupanya, seperti orang yang paling hodoh saudara lihat!
Dua orang bersama saya itu berkata kepada mereka, 'Terjunlah ke dalam sungai itu.'
SUNGAI itu terbentang di tengah kota dan airnya putih seperti susu. Mereka mandi di dalamnya dan apabila mereka kembali kepada kami, RUPA BURUK MEREKA HILANG DAN MEREKA MENJADI SANGAT ELOK.
Nabi Muhammad SAW berkata lagi, 'Mereka berdua berkata kepada saya, 'Ini SYURGA ADNIN DAN INILAH RUMAH TUAN.' Saya pun memandang ke atas dan nampak ISTANA SEPERTI AWAN PUTIH. Mereka berkata kepada saya lagi, 'Inilah rumah tuan.'
Saya berkata kepada mereka, 'Semoga Allah beri KEBAIKAN kepada tuan berdua. Biarah saya masuk ke dalamnya.'
Mereka menjawab, 'Sekarang tidak boleh, tuan akan masuk suatu masa nanti.'
Saya bertanya kepada mereka, 'Sepanjang malam ini saya lihat banyak perkara aneh, apa maksud perkara yang saya lihat itu?'
Kata mereka kepada saya, 'Kami akan beritahu tuan. Lelaki pertama yang tuan jumpa yang dihempaskan batu di kepalanya itu adalah ORANG YANG BELAJAR AL-QURAN KEMUDIAN TIDAK MEMBACA DAN TIDAK MENGAMALKAN ILMUNYA DAN TIDUR TANPA MENGERJAKAN SEMBAHYANG WAJIB.
Lelaki yang dirobek-robekkan pipi, hidung dan matanya sehinggga tembus ke belakang itu adalah ORANG YANG KELUAR DARI RUMAH DAN MENYEBARKAN CERITA BOHONG SEHINGGA TERSEBAR KE PELUSUK DUNIA.
Orang lelaki dan perempuan yang telanjang dalam tempat seperti ketuhar itu adalah PENZINA LELAKI DAN PENZINA PEREMPUAN.
Lelaki yang sedang berenang di dalam sungai dan disuapkan dengan batu itu adalah PEMAKAN RIBA.
Lelaki berwajah hodoh yang menyalakan api dan berlari-lari mengelilinginya pula adalah MALAIKAT MALIK PENJAGA NERAKA JAHANAM.
Lelaki tinggi di taman itu pula adalah NABI IBRAHIM, manakala kanak-kanak yang ada di sekeliling beliau adalah ANAK-ANAK YANG MATI SEMASA KECIL DALAM KEADAAN BERAGAMA FITRAH ( ISLAM).
Dalam laporan Barqani disebut, 'Anak-anak dilahirkan dalam keadaan beragama fitrah (ISLAM).'
Beberapa orang Islam bertanya, 'Anak-anak orang bukan Islam pun termasuk juga?'
Jawab Rasulullah SAW, 'Anak-anak orang bukan Islam pun termasuk juga.'
Mereka yang berupa buruk sebelah dan elok sebelah pula adalah ORANG YANG MENCAMPUR-ADUKKAN AMALAN BAIK DAN AMALAN BURUK tetapi Allah ampunkan dosa mereka.."
(HR Bukhari)
Sumber : BERBICARA CARA NABI (Koleksi Terpilih Daripada Kitab Riyadus Solihin) oleh IMAM NAWAWI
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt,
SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)
Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~
║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©