20120624

LA TAHZAN :'(

۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩
 
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh..

DUHAI HATI...

Jika kamu merindui dan mencintai seseorang...♡♥
Maka BISIKAN lah kerinduan itu dalam tadahan DOA' mu pada ILAHI..♡♥

Dan mengertilah wahai hati....♡♥
Jika orang yg dirindui itu yang terbaik buatmu...♡♥

Maka ALLAH akan memBISIKAN kembali pada hatimu...♡♥
Dan hati org yg dikau sayangi itu dengan panggilan JODOH...♡♥


Semoga Allah beri rahmat untuk setiap CUBAAN.... 
Memakbulkan DOA di setiap PERMINTAAN.... ♥
Di malam yg sepi...


senyum taw! xmaw sdeh-2 lagi ek, senyuummm =)
KADANG-KADANG....

♥~ Yang kit DAPAT, tidak semestinya yang kita SUKA..
Yang kita MINTA, belum tentu yang TERBAIK buat kita..
Yang terbaik buat kita, tidak semestinya yang ALLAH suka..

♥~ BELAJARLAH REDHA apa yg KITA ADA,

Allah menguji kita dgn sesuatu yg SANGAT KITA SAYANG lalu diberi oleh-Nya cubaan KEHILANGAN.. :'(

♥~ LA TAHZAN!,
Allah juga menguji kita dengan SEBUAH IMPIAN yang amat kita harapkan tetapi kiita terduduk berlinangan air mata saat IMPIAN KECUNDANG.. :(

♥~ PERCAYALAH.....!
walaupun ditariknya NIKMAT yang ada, DIA sebenarnya sedang MENGATUR SESUATU yg LEBIH INDAH DAN BERHARGA.. =)

♥~ JANGAN BERSEDIH...
Dunia ini TIDAK SELAYAKNYA untuk kita TANGISI TERLALU LAMA
Sehingga kita lupa yang kita sebenarnya sedang bersedih di dunia yg sementara.

♥~ JANGAN kerananya, KITA LUPA AKHIRAT KITA..
BANGKITLAH....! sedarlah dari lena yang terlalu lama...

* Tinggal kenangan~


ALLAH tahu apa yg terbaek utk hambaNya..







20120427

❤ JODOH ITU RAHSIA ALLAH ❤

۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩
 
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.


(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat baginda s.a.w dan para sahabat)


Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

 
Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya
         kita tidak akan bersama dengannya.
          Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya.
      Kita tetap akan bersama dirinya.
 

 Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar
dan akan bertemu pada saat yang
       tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T ♥






S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.

BANGUNAN KAIN HITAM ❤

۩۞۩ سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩
 
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.
 
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat baginda s.a.w dan para sahabat)

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

... "Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah, maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. saya tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ya la, kamu cakap tengok perlawanan bola, sedangkan saya tengok dalam tv tu tak ada apa-apa, yang ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah saya sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."









Credit to: Sesiapa yg share benda ni
Share jangan tak share

20120421

- PANDUAN DALAM MEMILIH SAHABAT -

Assalamualaikum wbt,
 
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, kamu kerabat dan para sahabat baginda) 

 Alqamah berpesan kepada anaknya:
“Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang bersifat demikian (iaitu antaranya):
1) jika engkau berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu.
2) jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.
3) jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu. 
4) jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
5) jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
6) jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
7) jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
8) jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
9) jika datang sesuatu bencana menimpamu, ia akan meringankan kesusahanmu (iaitu membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10) jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11) jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12) jika engkau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.”


 Saidina Ali dalam satu syairnya (yang bermaksud):
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”
 
 
 
 
 
 
 
S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T

20120413

•• Gambaran Hari Qiamat ••


♥•♥•♥ Assalamualaikum wbt ♥•♥•♥
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, kaum kerabat dan para sahabat baginda)


♥•♥•♥ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
 
 
♥•♥•♥ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


♥•♥•♥ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


♥•♥•♥ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



♥•♥•♥ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


♥•♥•♥ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


♥•♥•♥ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


♥•♥•♥ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



♥•♥•♥ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
 
 
♥•♥•♥ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


 
♥•♥•♥ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
 
 
♥•♥•♥ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
 
 
♥•♥•♥ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba di bumi.



 ♥•♥•♥ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 
 
♥•♥•♥ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.


♥•♥•♥ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

 
 
♥•♥•♥ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



♥•♥•♥ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


♥•♥•♥ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


♥•♥•♥ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan dua daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


♥•♥•♥ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



♥•♥•♥ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


 
♥•♥•♥ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

♥•♥•♥ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
 
 
♥•♥•♥ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


♥•♥•♥ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



♥•♥•♥ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.






♥•♥•♥ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T


sumber: Amar Sufi
Kredit : Islam Itu Agamaku

PERIHAL API NERAKA

- Assalamualaikum wbt -

(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, kaum kerabat dan para sahabat baginda..)


Dikisahkan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka, kata Rasulullah SAW "Wahai Jibrail, beritahu kepadaku tentang api neraka." Maka Jibrail pun berkata "Ya Muhammad (SAW), sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka itu digantung antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi sebabkan bau busuk yang paling dahsyat."
 

Kemudian Jibrail berkata lagi, "Wahai Muhammad (SAW) kalau malaikat yang sembilan belas itu turun ke bumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat mengerunkan, dan kalau satu pergelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan menembus ke dalam tujuh petala bumi"

 
Apabila Rasulullah SAW mendengar penjelasan dari Malaikat Jibrail, maka Rasulullah SAW pun berkata "Hasbi ya Jibrail" (Cukup hai Jibrail). Lalu menangis Rasulullah SAW dan Jibrail pun turut menangis. Apabila Rasulullah SAW melihat Jibrail menangis, maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Jibrail.

 
"Wahai Jibrail!, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulai di sisi Allah?" Maka Jibrail menjawab "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan Allah, tetapi aku takut kalau Allah hendak mengubahkan aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Iblis yang terkutuk itu."

- MORAL OF THE HADIST -
Walaupun kedudukan malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah, ia tetap menangis kerana takut kepada Allah. Tetapi malangnya manusia masih lagi tidak takut kepada Allah biarpun telah nyata tanda-tanda kekuasan Allah melalui cerita-cerita dari Al-Quran dan hadist. Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah kerana azab Allah amat pedih. Sesal di dunia pendapatan, sesal di akhirat tiada gunanya.

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Surah Adz-Dzaariyaat, 55)


S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T

Kredit : احمد راج

20120410

♥•♥•♥ MUNAJAT CHINTA ♥•♥•♥

•• Assalamualaikum wbt ••
 
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, kaum kerabat dan para sahabat baginda)
 
 
 ♥•♥•♥ "Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon petunjuk dari-Mu, berilah aku pilihan yang terbaik buatku, dengan ilmu yang ada pada-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu, untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudrat-Mu ••

 
♥•♥•♥ Dan aku jua memohon kepada-Mu, sebahagian dari kurniaan-Mu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kekhilafan, dan Engkau jua Maha Mengetahui, sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib, yang telah Kau tetapkan buatku ••


♥•♥•♥ Ya ALLAH,sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah (lelaki/perempuan) itu adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan di akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagiku,kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini. Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu, adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku,dan kehidupanku, serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan di akhirat, maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun. Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya ••


♥•♥•♥ Dengan ini, aku bersujud pada-Mu, Ya ALLAH, mengharap dan merintih kepada-Mu, airmata yang mengalir ini, ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang-Mu, yang manakah terbaik buatku. Sesungguhnya hidupku dan jua matiku, adalah semuanya hanya kerana-Mu. Semga Kau mengasihani diriku yang mendambakan petunjuk-Mu, Amin.." ••

Tanda-tanda kalau dia JODOH kita itu ada dua ♥
 ♥  DIPERMUDAHKAN
 ♥ MENDEKATKAN kita kepada Allah


Jika tidak ada dua-duanya, BERMAKNA dia BUKAN JODOH kita, makanya bila tanda itu tiba, BUKANLAH MATA dan jangan terus DIBUTAKAN CINTA. PERCAYALAH pada Allah, percaya SUNGGUH-SUNGGUH, jangan ragu-ragu, jangan berprasangka, YAKINLAH dengan sepenuh hati, ketentuanNYA pasti yang TERBAIK, semoga itu membuat kamu BERLAPANG DADA dengan ketentuanNYA, inshaAllah ♥♥♥
 
 
 
sebaik-baiknya, istikharah :)
 
 
 
 
S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T
 
 
 
 
Kredit : Asrul Watashi NO Namae, Wajah Kekasih Hati








 

20120409

DI SEBALIK WUDHUK DAN JARI JEMARI

 
Di dalam kehidupan seharian kita, pasti akan ada kesilapan yang kita lakukan baik yang sengaja mahupun yang tidak sengaja. Hal ini kerana kita dijadikan oleh Allah swt dalam keadaan lemah seperti firman Allah swt yang bermaksud:
“Kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah” (An-nisa:28)

Ayat ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa setiap manusia pasti ada kesilapan dalam kehidupannya. Justeru itu, Allah swt telah menyediakan beberapa kaedah untuk menghapuskan dosa dan noda tersebut daripada bersarang di dalam hati mengikut apa yang telah diajar sendiri oleh pesuruhnya iaitu Rasulullah saw, kerana kita perlu tahu bahawa dosa dan noda akan menggelapkan hati kita daripada kebenaran, maka kita akan dapati di sana beberapa kegagalan yang terpaksa kita hadapinya disebabkan dosa dan noda tadi.

 
Dalam beberapa kaedah yang telah disediakan oleh Allah swt untuk membersihkan diri kita daripada dosa salah satunya ialah mengambil wuduk dengan sempurna. Ini telah dinyatakan sendiri di dalam hadis Nabi saw daripada Uthman Bin Affan r.a. yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengambil wuduk dan dia menyempurnakannya dengan baik, digugurkan dosa-dosa daripada jasadnya sehingga keluar daripada jari-jarinya”. (Riwayat Muslim)
Juga daripada hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Apabila berwuduk seorang mukmin, maka dia membasuh mukanya, keluar dosa daripada wajahnya setiap kesalahan yang dilihat dengan matanya bersama air basuhan atau titisan air, maka apabila dia membasuh kedua-dua tangannya, keluar dosa daripada kedua tangannya setiap kesalahan yang dilakukan dengan tangannya bersama air basuhan atau titisan air sehinggalah bersih dan suci daripada dosa-dosa (kecil)”. (Riwayat Muslim (23) dalam bab Taharoh)
Berdasarkan hadis-hadis tadi telah membuktikan bahawa maha rahmatnya Allah swt terhadap hamba-hambanya yang berdosa, mungkin bagi kita perbuatan itu nampak kecil sehingga kita mengamalkannya sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh, tetapi bagi Allah swt ianya sangat besar. Ini belum lagi dikira amalan-amalan yang lain seperti solat, bercakap perkataan yang baik, membantu ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh, dan sebagainya, maka berapa banyak kebaikan yang kita telah perolehi di samping menghapuskan kesalahan kita sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan” (Hud:114)
Tetapi kita perlu ingat bahawa dosa-dosa besar hanya akan dihapuskan dengan solat taubat dan beberapa syarat yang lain, begitu juga dengan kesalahan yang kita buat kepada individu yang lain, maka wajib bagi kita untuk meminta maaf darinya. Kadang-kadang saya hairan melihat segelintir masyarakat, apabila mereka ingin mendekatkan diri kepada Allah swt, ada sahaja amalan lain yang tidak diajar oleh Nabi saw menjadi amalannya dengan bersungguh-sungguh, walhal perkara itu sangat dilarang oleh agama yang suci ini. Sedangkan dalam masa yang sama solatnya masih lagi compang-camping, wuduknya masih tidak sempurna, dan amalan-amalan ma’thur yang lain.

 
Maka kita perlu sedar bahawa amalan fardu ain dan amalan-amalan sunat yang menjadi amalan seharian kita sudah cukup untuk kita memperoleh fadilat dan ganjaran yang sangat besar, tetapi dengan syarat kita melaksanakannya dengan tepat dan benar seperti apa yang diajar oleh baginda saw. Perlu dimuhasabahkan bahawa Allah swt tidak melihat kepada kuantiti ibadah kita, tetapi yang dilihat adalah kualiti dan istiqomah ibadah kita seperti firman Allah swt yang bermaksud:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. (Al-mulk:2)
Selain itu juga, falsafah daripada pengambilan wuduk ini jelas membuktikan bahawa agama Islam sangat menitik beratkan konsep kebersihan diri dalam kehidupan individu Muslim, apatah lagi kebersihan di tempat yang didiaminya. Tetapi malangnya, kebanyakan orang bukan Islam mempraktikkan kebersihan diri dan sekitarnya dengan begitu tekun dan bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan huraikan beberapa ciri dan kriteria yang perlu kita laksanakan sejurus untuk mendapatkan fadilat-fadilat wuduk dengan sempurna bersama dalil-dalilnya.

 
Apakah fardu-fardu wuduk berdasarkan dalil Al-Quran dan Sunnah?:
1. Niat dalam hati.
Niat adalah keazaman di dalam hati kita dengan bersungguh-sungguh untuk mengambil wuduk hanya kerana patuh dan taat kepada Allah swt. Niat adalah wajib dilaksanakan pada setiap amalan yang wajib, tanpanya tidak sah ibadah seperti mana hadis yang diriwayatkan Umar bin Khattab r.a. bahawa Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. (Riwayat Bukhari 1/3 No 1, dan Muslim 13/53 no 1907)
Niat boleh dilakukan dengan salah satu dari tiga bentuk, seperti menyebutkan dalam hati: “Aku berniat mengangkat hadas”. Atau: “Aku berniat membolehkan (Istibahah) sembahyang, atau tawaf, atau menyentuh mushaf”. Atau: “Aku berniat menunaikan fardu wuduk”.

 
2. Membasuh wajah daripada bahagian dahi yang paling atas sehingga ke bawah dagu dan daripada anak telinga kanan sehingga ke anak telinga kiri, kawasan itu wajib dibasuh dengan air wuduk. Firman Allah swt:
“Maka basuhlah muka kamu”.

3. Membasuh dua tangan hingga ke siku berdasarkan firman Allah swt:

“Dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku”.
Wajib sampai air pada kedua-dua belah tangan dari jari-jari, tapak tangan dan lengan, seperti mana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. pada sifat wuduk Nabi saw:

Bahawa beliau berwuduk lalu membasuh mukanya, kemudian membasuh tangan kanannya sehingga ke paras siku, selepas itu beliau membasuh tangan kirinya, kemudian menyapu kepalanya, kemudian membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali, kemudian membasuh kaki kiri ke paras buku lali, kemudian berkata: “Demikianlah aku melihat Rasulullah saw berwuduk” (Muslim 3/134 No 246)

Jika seseorang mempunyai jari yang lebih wajib dibasuh sebagai langkah berhati-hati dalam ibadah, dan sekiranya tangan berlubang wajib dibasuh batinnya, kerana ia telah menjadi zahir. (Kitab Majmu’ 1/417)
Sekiranya tidak mampu untuk mengambil wuduk sendiri, maka dibolehkan untuk mencari orang lain mewudukkannya secara sukarela atau dengan upah.

 
4. Menyapu sebahagian kepala berdasarkan firman Allah swt:
“Dan sapulah sebahagian dari kepala kamu”
Sapu sebahagian kepala sekurang-kurangnya lalukan pada ubun-ubun kita (iaitu bahagian depan kepala), Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Al-Mughiroh bin Syu’bah r.a. :
Bahawa Rasulullah saw berwuduk, dan menyapu ubun-ubunnya”. (Muslim 3/174 No274)
dan dalam satu riwayat lain:
“Bahagian depan kepalanya” (Sahih Muslim 1/173 No274)
Bagi wanita yang sukar untuk membuka tudung ketika mengambil wuduk, maka dia boleh memasukkan tangan di bawah tudungnya sehingga terjadi sapuan itu atas rambut atau ubun-ubunnya sama juga bagi lelaki yang memakai kopiyah atau serban. (Majmu’ 1/430).

 
5.   Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali berdasarkan firman Allah swt:
“Dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali”.
Wajib meratakan air ke seluruh kaki sehingga tidak tertinggal daripadanya satu tempat walaupun sebesar kuku, atau celah atau, juga wajib memperhatikan buku lali sekiranya tidak sampai air berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah saw melihat satu kaum berwuduk dan tumit-tumit mereka tidak terkena air, lalu Baginda bersabda:
Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api neraka”. (Bukhari 1/73 No163 dan Muslim 3/128 No242)
Dari Umar bin Khattab r.a.: Bahawa seorang lelaki berwuduk lalu tertinggal sebesar kuku pada kakinya tidak terkena air, maka Nabi saw melihatnya lalu bersabda:
“Kembalilah lalu perbaiki wuduk kamu” lalu dia pun kembali dan menyempurnakan wuduknya kemudian sembahyang. (Muslim 3/132 No243)
Di sini kita perlu ingat bahawa hadis ini meliputi seluruh kawasan fardu wuduk, jika tidak terkena air pada kawasan tersebut, maka tidak sah wuduknya.

 
6. Tertib. Wajib disempurnakan wuduk dengan tertib berdasarkan ayat 6 daripada surah Al-Maidah.

Apakah amalan-amalan sunat ketika berwuduk?:
1. Membaca Bismillah pada awalnya. Fadhilat ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. katanya: Sebahagian sahabat Nabi saw mencari air untuk berwuduk lalu mereka tidak mendapat air, lalu Rasulullah saw bertanya:
Adakah seseorang dari kamu memiliki air?” lalu didatangkan air, kemudian baginda memasukkan tangannya dalam bekas yang berisi air itu lalu bersabda:”Berwuduklah kamu dengan menyebut nama Allah (bermaksud memulainya dengan membaca bismillah)”. Anas r.a. berkata: Aku melihat air itu mengalir di celah-celah jarinya, sehingga mereka berwuduk dan mereka ada dalam sekitar tujuh puluh orang. (Diriwayatkan oleh An-Nasai dengan sanad jayyid 1/53, dan Imam Ahamd 3/165).
Di antara mukjizat Nabi saw. Hadis di atas tidak membawa maksud suruhan wajib, ini telah dibuktikan daripada hadis Nabi saw:
“Sesiapa yang berwuduk dan tidak menyebut nama Allah maka dia suci bagi apa yang terkena air”. (Riwayat Ad-daruqutni 1/74 dan disahihkan oleh Al-hakim 1/146).
2. Membasuh kedua belah tangan dahulu sebelum mengambil wuduk sebanyak tiga kali.
Ini berdasarkan hadis Nabi saw bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu bangkit dari tidurnya, janganlah dia mencelupkan tangannya ke dalam air sebelum membasuhnya terlebih dahulu sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya diletakkan ketika tidur”. (Bukhari 1/72 No160 dan Muslim 3/178)
Juga hadis Abdullah bin Zaid r.a. ketika ditanya mengenai wuduk Nabi saw, maka beliau meminta sebekas air lalu berwuduk untuk menunjukkan kepada mereka cara wuduk Nabi saw, beliau menuangkan sedikit air ke atas tapak tangannya dan membasuhnya sebanyak tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas itu. (Bukhari 1/80 No189 dan Muslim 3/121 No235).

3. Menggunakan siwak atau memberus gigi, ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bersabda:
“Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang”, dalam riwayat Ahmad dan Bukhari meriwayatkannya Ta’liq dengan sighah jazam iaitu nescaya aku memerintahkan mereka bersugi setiap kali hendak berwuduk”. (Bukhari 1/303 No847, Muslim 3/141 No252, Ahmad 6/325)
Hadis ini membuktikan bahawa suruhan ini membawa kepada sunat Muakkad (sangat-sangat dituntut).

4. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bersabda:
“Tidak ada seseorang kamu yang berwuduk kemudian berkumur-kumur, kemudian memasukkan air ke dalam hidung dan dihembuskannya melainkan akan gugur dosa-dosa mulut dan hidungnya bersama air itu”. (Muslim 6/117 No832)

5. Menyapu seluruh kepala, hal ini berdasarkan hadis Abdullah bin Zaid r.a. dalam menyifatkan wuduk Rasulullah saw:
“Maka baginda menyapu kepalanya ke arah hadapan dan belakang, baginda bermula dengan bahagian depan kepalanya kemudian disapu hingga ke tengkuknya, kemudian dikembalikannya ke tempat yang dia bermula daripadanya”. (Bukhari 1/180 No183 dan Muslim 3/121 No 235)
Sunat menyapu ke seluruhnya iaitu dengan mengambil air dengan kedua belah tapak tangan kemudian disapukan ke atas kepala, iaitu dengan meletakkan hujung jari telunjuk dengan hujung jari telunjuk lainnya di atas kepala bahagian hadapan, kemudian disapukan hingga ke tengkuk kemudian dikembalikan ke tempat bahagian depan kepala.

 
6. Mencelah-celahi jari-jari tangan dan kaki.

 
7. Menyapu kedua-dua belah telinga zahir dan batinnya, ini berdasarkan hadis daripada Al-Miqdad bin Ma’di Karb r.a.:
“Bahawa Nabi saw menyapu kepalanya dan dua belah telinganya zahir dan batinnya, dan memasukkan jari pada lubang telinganya”. (Riwayat Abu Daud 1/27 dan Ibnu Majah 1/151)

8. Membasuh dan menyapu setiap anggota basuhan sebanyak tiga kali, ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Usman r.a. katanya:
“Mahukah aku tunjukkan kepada kamu cara berwuduk Rasulullah saw, kemudian beliau berwuduk tiga-tiga kali”. (Muslim 3/114 No227)

9. Menggosok anggota-anggota wuduk kecuali pada bahagian sapuan, ini berdasarkan hadis Abdullah bin Zaid r.a.:
“Bahawa Nabi saw berwuduk, lalu dia berkata: Demikianlah dia menggosok (bermaksud dia mentafsirkan perbuatan itu dengan perkataan”. (Riwayat Ahmad 4/39)
Perkara ini adalah sangat penting kerana ada juga yang saya lihat segelintir orang yang mengambil wuduk hanya dengan menjirus atau lalukan air sahaja, mungkin boleh jadi tidak terkena air pada anggota wuduk.

 
10. Memanjangkan Al-Ghurrah dan At-Tahjil. Memanjangkan Al-Ghurrah iaitu membasuh bahagian depan kepala bersama muka dan leher, manakala At-tahjil ialah membasuh di bahagian atas siku pada kedua belah tangan, dan membasuh di atas buku lali pada kedua belah kaki, ia meliputi kedua lengan dan kedua betis. Fadilat ini berdasarkan hadis Nabi saw daripada Abu Hurairah r.a. yang bersabda:
“Umatku akan datang pada hari kiamat dengan bercahaya muka, tangan dan kakinya dari kesan-kesan wuduk, maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian”. (Bukhari 1/63 No136)
Manakala dalam lafaz hadis Imam Muslim 3/134 No246: “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada hari kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian”.

 
11. Tasyahhud dan doa, jika kita sudah selesai menunaikan wuduk, maka kita disunatkan untuk membaca doa ini:

“أشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله”

Doa ini adalah berdasarkan daripada hadis Nabi saw yang bersabda:
“Tidak seseorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusannya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki”. (Riwayat Muslim)
Tidak perlu memandai-mandai untuk menambah doa lain seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang, cukup dengan kita mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah saw ini, kita sudah beroleh ganjaran yang sangat besar daripada Allah swt.


Kesimpulan..
Betapa Maha Pengasihnya Allah swt terhadap kita semua, hanya mengambil wuduk dengan sempurna dan mengikut beberapa syarat-syaratnya kita sudah mendapat ganjaran yang sangat besar, tetapi malangnya kita sering memandangnya dengan remeh pada bab ini. Jika kita perhatikan orang di sekeliling kita, sungguh ramai yang tidak sempurna wuduknya, ini belum lagi jika kita lihat pada bab solatnya.

Justeru itu, dengan sedikit perkongsian ini kita dapat memperbaiki wuduk kita dengan lebih gigih lagi, lihat balik mana yang kurang, cacat, dan mana amalan sunat yang kita tertinggal, semoga kita mendapat fadilat seperti apa yang dikatakan oleh Nabi saw itu kerana wuduk itu adalah syarat sah bagi sembahyang seseorang, jika tidak sempurna wuduk, maka tidak ada nilai pada ibadah solatnya.


Sekian,
kredit : Muhammad Fathullah Al-Haq
Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.


S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.

 

20120406

DALIL SABITNYA AZAB KUBUR

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


Perkataan azab bererti hukuman, seksaan, kesengsaraan atau kesusahan. Manakala perkataan kubur pula bermaksud tempat menanam mayat. Jika disebutkan perkuburan bermakna tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang yang telah mati atau permakaman.


Mayat sama ada ditanam, ditenggelamkan, terbakar jadi debu atau dimakan binatang; mereka disebut berada di alam barzakh. Maka pengertian kubur yang dikaitkan dengan kesenangan atau azab ialah alam kubur yang berada di antara alam kehidupan dunia dengan alam akhirat iaitu alam barzakh.



Alam Barzakh

Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh. Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia. (Ensiklopedia Isam: 3/8-9)



Pengarang kitab Mu‘jam Alfaz as-Shawfiyah menyatakan perkataan barzakh dari sudut bahasa ialah sekatan atau pemisah di antara dua sesuatu seperti bercakap adalah pemisah di antara manusia dengan binatang. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya“ (Surah ar-Rahman: 19-20)


Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat. Jadi alam barzakh ialah alam yang terdapat di antara dunia dan akhirat. Alam ini boleh dikatakan sebagai tempat sementara penghuni dunia untuk sampai ke hari Kiamat. Menurut al-Qurtubi ketika menafsirkan firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “… Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Surah al-Mukminun: 100)


Beliau menjelaskan bahawa barzakh itu ialah alam di antara kematian dan kebangkitan. (Tafsir al-Qurtubi: 6/113) Pengarang kitab Akidah al-Mukmin pula menyatakan tujuan wujudnya alam barzakh ialah untuk menghimpunkan semua roh dan bersiap sedia memasuki alam akhirat. Dengan kedudukannya yang seperti itu, maka alam barzakh berfungsi sebagai pendinding atau pemisah di antara dua kehidupan lain iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Dengan perkataan lain, alam barzakh ialah alam penantian atau ruang menunggu untuk masuk ke alam akhirat selepas kematian. (Halaman 409-501)



Dalil-Dalil Yang Menyatakan Azab Kubur Dalam Al-Qur’an

Pensabitan azab kubur di dalam al-Qur’an telah dijelaskan oleh para ulama tafsir yang muktabar lagi masyhor. Mereka itu termasuklah Imam al-Qurtubi, Ibnu Kathir, Imam Muhammad ar-Razi Fakhr al-Din dan lain-lainnya menyebut perkara tersebut dan kewajipan beriman dengannya di dalam kitab-kitab mereka. Ayat-ayat al-Qur’an yang menjadi bukti wujudnya azab kubur antaranya ialah:

1. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan pertunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan ضنكا (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih. Telah disebutkan dalam kitab at-Tazkirah, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata:

“Disempitkan kubur orang kafir itu sehingga tulang-tulang berselisih”. (At-Tazkirah: 151-152 & al-Qurtubi: 6/3307)


2. Firman Allah Ta`ala:
Tafsirnya: “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah Ghafir: 46)

Ayat di atas menceritakan tentang berlakunya pendedahan bahan-bahan api neraka di alam barzakh. Perkara ini bertepatan dengan pendapat jumhur ulama sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Qurtubi bahawa bahan-bahan api neraka yang didedahkan pada waktu pagi dan petang itu berlaku di alam barzakh. Sebahagian ahli ilmu pula menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Mereka mengatakan bahawa ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)


Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh. Beliau berkata:

Maksudnya: “Ayat ini adalah sebenar-benar sumber mengenai pensabitan Ahli Sunnah terhadap berlakunya azab kubur di alam barzakh”.


3. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Mereka ditenggelamkan (dengan bah taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka” (Surah Nuh: 25)

Al-Qurtubi menafsirkan perkataan “dimasukkan ke dalam api neraka” iaitu selepas mereka (kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam) ditenggelamkan. Berkata al-Qusyairi:

Maksudnya: “Inilah bukti (berlakunya) azab kubur (yang berlaku ke atas kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam, ditenggelamkan dengan bah taufan dan pada hari akhirat dimasukkan ke dalam api neraka)”


Dengan perkataan lain sebagaimana riwayat Abu Rauq daripada ad-Dahak bahawa di dunia mereka diazab dengan api neraka sekaligus ditenggelamkan. Yakni mereka ditenggelamkan pada satu sudut dan pada sudut yang lain mereka dibakar di dalam air lautan. (Al-Qurtubi: 9/5187-5188)


Imam an-Nasafi menjelaskan bahawa mereka kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam ditengelamkan dengan bah taufan dan dimasukkan ke dalam api neraka disebabkan oleh kesalahan-kesalahan mereka yang banyak. Huruf fa’ dalam ayat ialah (untuk pemberitahuan) iaitu mereka diazab dengan api neraka ketika ditenggelamkan. Inilah dalil dan bukti wujudnya dan sabitnya azab kubur. (Tafsir An-Nasafi: 4/297)


4. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)

Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786). Ini kerana Allah Ta‘ala telah berfirman:
Tafsirnya: “(Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa”. (Surah At-Thuur: 45)


Menurut beliau (at-Qurtubi) hari yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah hari terakhir di dunia. Ini adalah bukti bahawa azab yang dihadapi (di dunia) itu ialah azab kubur. (At-Tazkirah: 152)


5. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)


Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah di atas mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)


Ibnu Jarir at-Tabari pula menjelaskan ayat (sehingga kamu masuk kubur) sebagai dalil atau bukti keshahihan wujudnya azab kubur. Perkara ini disebut dalam beberapa riwayat, antaranya riwayat daripada Zirru bin Hubaisy, daripada Ali Radhiallahu ‘anhu katanya: “Kami masih ragu tentang azab kubur, lalu turunlah surah at-Takathur “. (Jami‘ al-Bayan li Ibn Jarir at-Tabari: 15/362)



Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur

Berita dan khabar yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersumber daripada wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu, setiap hamba Allah Ta‘ala wajib mempercayainya dan beriman dengannya. Inilah i`ktiqad orang-orang Islam. Maka banyak hadis-hadis shahih yang diriwayatkan oleh periwayat-periwayat hadis yang masyhur seperti al-Bukhari dan Muslim secara terang-terang menyebutkan tentang sabitnya kewujudan azab kubur, antaranya:

1. Riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, katanya:
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha telah berkata:
“Telah datang kepada ku dua orang tua Yahudi Madinah sambil berkata: Maksudnya: “Sesungguhnya ahli kubur itu diazab dalam kubur-kubur mereka. Aisyah Radhiallahu ‘anha menjawab: “Kamu berdua berbohong dan aku tidak mempercayai kamu lalu kedua orang tua Yahudi itu pun keluar. Tatkala masuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, aku bertanya kepada Baginda: “Ya Rasulallah! Sesungguhnya dua orang tua Yahudi Madinah telah berjumpa aku dan keduanya menyangka bahawa ahli kubur itu diazab di dalam kubur-kubur mereka.
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Benar kata-kata kedua orang Yahudi itu, sesungguhnya mayat-mayat itu diazab sehingga didengar akannya oleh sekalian binatang. (Aisyah Radhiallahu ‘anha) berkata: “Aku tidak melihat Baginda selepas sembahyang kecuali (berdoa) memohon perlindungan daripada azab kubur”. (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)

3. Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:
Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)

4. Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup(Hadis riwayat al-Bukhari)

5. Dalam riwayat Imam Muslim:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)

6. Daripada Zaid bin Sabit menceritakan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melintasi beberapa kubur, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang mengetahui mayat-mayat di kuburkan ini? Seorang Lelaki menjawab: “Saya”. Baginda bertanya: “Bilakah mereka mati? Lelaki itu menjawab: “Mereka mati ketika dalam kafir”.Baginda bersabda: “Sesungguhnya umat ini akan dicuba di dalam kuburnya. Jika tidak kerana kamu tanamkan (mayat-mayat) ini nescaya aku memohon kepada Allah supaya kamu diperdengarkan daripada azab kubur sebagaimana aku dengar daripada kubur-kubur ini. Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya kepada kami dan bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab neraka”. Mereka berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada azab api neraka”. Baginda bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab kubur”. Mereka berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur”… (Hadis riwayat Muslim)


Maka jelas daripada segala hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah sabit dan benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya. Al-Imam al-Qadi Ali bin Abi al-‘Izz ad-Dimsyaqi dalam kitab Syarh Thahawiyah berkata: “Dan telah mutawatir segala hadis daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sabitnya azab kubur dan nikmatnya serta perkara soal dua malaikat. Maka wajib beriktiqad akan sabitnya yang demikian itu”. (Syarh al-Aqidah at-Thahawiyah: 2/456)



Adakah Azab Kubur Berterusan Atau Sebaliknya?

Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyatakan bahawa azab itu ada dua macam iaitu azab yang tetap dan azab yang terputus Azab yang tetap berdasarkan ayat firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh)”. (Surah Ghafir: 46)

Walau bagaimanapun dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta‘ala azab boleh diringankan berdasarkan beberapa hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Antaranya:

1. Riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, katanya:
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa besar yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah buah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Riwayat daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu meninggal dunia akan dibentangkan kepadanya tempat duduk pada waktu pagi dan petang. Sekiranya dia ahli syurga maka dia penghuni ahli syurga dan sekiranya dia ahli neraka maka dia adalah penghuni ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya: “Inilah tempat dudukmu sehingga Allah membangkitkan engkau semula di hari Kiamat” (Hadis riwayat Bukhari)

Manakala azab yang putus ialah seseorang yang diazab dengan api neraka pada suatu waktu yang ditentukan kemudian ia dikeluarkan semula daripada azab tersebut. Sebagai contoh seseorang yang diazab disebabkan dosanya kemudian ia dikeluarkan atau diringankan daripada azab tersebut disebabkan oleh doa, pahala sedekah, pahala haji atau pahala bacaan al-Qur’an yang sampai kepada si mati oleh sanak keluarga atau orang lain. Ini sesuai dengan firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya”. (Surah al-Baqarah: 255)

Ibnu Abi ad-Dunia menyebutkan satu cerita Abdullah bin Nafi‘ katanya:

“Telah mati seorang lelaki daripada orang Madinah lalu aku melihat dia seolah-olah sebagai ahli neraka dan dia sangat berdukacita kerana yang demikian itu. Kemudian selepas beberapa ketika aku melihatnya pula seolah-olah sebagai ahli syurga. Lalu aku bertanya: “Tidakkah engkau berkata bahawa engkau tergolong daripada ahli neraka”. Dia menjawab: “Sememangnya begitu (sebagaimana yang aku katakan kepadamu) kecuali setelah dikuburkan bersama-sama kami ini seorang yang salih dan kerananya telah mendapat syafaat seramai empat puluh orang di sekeliling kuburnya dan aku termasuk daripada mereka yang mendapat syafaat itu”.


Inilah ringkasan perkataan Ibnu Qayyim di dalam kitabnya ar-Ruh mengenai persoalan azab kubur itu berterusan atau sebaliknya. (Ar-Ruh: 107-109)



Kedudukan Hadis Ahad Dalam Hujjah

Ada sebahagian orang yang mendakwa bahawa azab kubur tidak sabit kerana hadis-hadis yang mengkhabarkan keshahihan azab kubur adalah hadis Ahad.

Al-‘Allamah al-Kauthari berkata: … Kemudian memakai hadis Ahad pada dalil hukum syara‘ adalah sabit dan nyata dengan disokong oleh dalil-dalil qath‘i dan pemutus bahawa hadis Ahad memberi ilmu yakin betul benar isi kandungannya tiadalah ada ragu-ragu padanya walau pun ia dinamakan hadis Tunggal (Ahad), bagaimana telah ditegaskan oleh al-Imam Abul Hasan al-Karkhi dan as-Sam‘aani dalam kitab al-Qawathi‘, al-Imam al-Ghazali dalam kitab al-Mustashfa dan al-Imam Abul Aziz al-Bukhari dalam kitab Syarh Ushul Fakhrul Islam. (Fatwa Mufti Kerajaan: 4/90 (Fatwa Berturut Bil: 71)


Menurut pengarang kitab al-Aqidah al-Islamiyah wa Ususuha bahawa kebanyakan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang sampai kepada kita ialah menerusi jalan Ahad. Jika hadisnya shahih, ia membawa ilmu zanni kepada periwayatannya. Ini memberi faedah bahawa ia difahami pasti datang daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, tetapi tidak seperti akidah kita kepada mutawatir. Walaupun begitu, sesetengah hadis Ahad yang mengandungi persoalan akidah ada yang diterima umat Islam pada zaman awal Islam dengan penerimaan sepenuhnya tanpa bantahan. Hadis Ahad seperti ini meningkat ke taraf “riwayat mutawatir” dengan mengambil kira kandungannya telah diambil dan diterima pakai umat Islam tanpa bantahan. Dengan itu hadis Ahad seperti ini jadilah “mutawatir makna”, dan dari itu pula ia membawa faedah yang sama pada riwayat “mutawatir lafzi”. (Abdul Rahman Hanakah al-Midani: h.37)


Imam Syafi‘e Rahimahullah telah mensabitkan bolehnya berhujjah dengan hadis Ahad sebagaimana terdapat banyak tempat di dalam kitab-kitab beliau khasnya ketika dalam perbahasan atau munazzah. Hadis Ahad dipakai beliau apabila hujjah yang diperlukan tidak dijumpai dalam al-Qur’an, sunnah dan ijmak atau yang semakna dengannya”. (Ar-Risalah: 596-598 & Abu Zuhrah, as-Syafi‘e: 308)


Al-Baqilani pula berkata: “Adalah wajib mengamalkan hadis Ahad jika perawinya bersifat adil dan tidak bertentangan dengan nas yang lebih kuat daripadanya …” (al-Baqilani, At-Tamhid: 164)



Penutup

Berdasarkan fakta atau hujah daripada al-Qur’an, sunnah dan perkataan ulama adalah sabit wujudnya azab kubur. Al-Imam al-Qadi Ali bin Al-‘Izz ad-Dimsyaqi dalam kitab Syarh al-Akidah at-Thahawiyah menyebutkan bahawa telah mutawatir segala hadis daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pada sabitnya azab kubur dan nikmatnya serta soal dua malaikat. Maka wajib beriktiqad akan sabitnya yang demikian dan beriman dengannya. Janganlah kita persoalkan atau bercakap mengenai kaifiyah (caranya) kerana akal tidak akan berhenti pada memikirkannya”. (Syarh al-Akidah at-Thahawiyah: 456)


Imam Abu Hanifah pula menyebutkan di dalam kitabnya al-Fiqh al-Akbar bahawa sempitnya kubur dan azab kubur itu adalah benar kepada mayat kafir sekaliannya dan sebahagian daripada yang derhaka daripada orang-orang yang beriman. (al-Fiqh al-Akbar: )


Maka ada pula dakwaan sesetengah penganut agama dan fahaman yang menyeleweng yang menyangka apabila jasad manusia dibakar dengan api sehingga menjadi abu atau ditenggelamkan ke dasar laut, jasad itu terlepas daripada azab barzakh iaitu azab kubur. Perkara ini telah disangkal dan ditolak oleh Al-Imam al-Qadi Ali bin Al-‘Izz ad-Dimsyaqi dalam kitab Syarh al-Akidah at-Thahawiyah katanya:

“Dan ketahui olehmu bahawa azab kubur itu adalah azab barzakh. Maka sesiapa yang telah mati adalah berhak bagi azab yang tertentu ke atasnya sama ada dikuburkan atau tidak dikuburkan, yang memakan akan dia oleh binatang buas atau hangus terbakar sampai menjadi abu dan diterbangkan ke udara, atau disalib atau tenggelam di laut, nescaya sampailah kepada roh dan jasadnya daripada azab sebagaimana yang sampai kepada mayat yang dikuburkan”. (Syarh al-Akidah at-Thahawiyah: 457)


Dari hujjah dan keterangan ini, maka tertolaklah segala pendapat dan anggapan orang yang mengingkari azab kubur sebagaimana pada akhir-akhir ini turut menyaksikan adanya pendapat dan anggapan yang sedemikian daripada penulis-penulis yang bertopengkan Islam tetapi sebenarnya mengingkari ajaran Islam.





SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI





S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.


Sumber: http://www.bicaramuslim.com/