20120319

SOLAT JAMA` KETIKA BERMUSAFIR



Solat jama’ terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Jama’ Taqdim dan Jama’ Takhir.


JAMA` TAQDIM : Jama’ Taqdim ialah menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan dilakukan dalam waktu Zohor. Begitu juga dengan menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak yang dilakukan dalam waktu Maghrib.


Syarat-syarat Jama’ Taqdim :

1.
Berniat menjama’kan kedua solat fardhu ketika takbiratulihram solat yang pertama.
2. Dilakukan mengikut tertib iaitu dilakukan solat yang pertama dahulu kemudian solat yang kedua pula.
3. Kedua solat fardhu tersebut hendaklah dilakukan berturut-turut.
4. Selesai solat yang pertama hendaklah diteruskan dengan solat yang kedua.



JAMA` TAKHIR : Jama’ Takhir ialah menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan dikerjakan dalam waktu Asar. Begitu juga dengan menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak yang dilakukan dalam waktu Isyak.


Syarat-syarat Jama’ Takhir :

Solat Jama’ Takhir hanya sah dikerjakan apabila dapat memenuhi syarat berikut:

1. Hendaklah berniat hendak menjama’kan kedua solat fardhu dalam waktu solat yang pertama. Apabila anda mempunyai niat untuk solat Jama’ Takhir dalam waktu Asar, anda perlulah niat dalam waktu Zohor. Berniatlah dalam hati hendak menjama’kan kedua solat fardhu Zohor dan Asar pada waktu Asar.

2. Jika anda tidak berniat sedemikian sehingga luput waktu Zohor, maka anda dikira berdosa dan solat fadhu Zohor hendaklah diqada’kan dan tidak boleh dijamakkan lagi.

3. Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehinggga selesai solat yang kedua (Asar atau Isyak). Jika anda sedang solat dalam kenderaan seperti kapal terbang dan anda mengetahui ketika itu kapal tersebut telah tiba ditempat anda maka wajiblah anda meneruskan solat dengan solat yang sempurna.


Peringatan !!!
Di dalam solat Jama’ Takhir ini tidak disyaratkan mualat atau berturut-turut dalam mengerjakannya. Tidak disyaratkan fardhu Zohor dikerjakan dahulu diikuti fardhu Asar atau fardhu Maghrib dikerjakan dahulu diikuti fardhu Isyak sebagaimana yang disyaratkan dalam Jama’ Taqdim. Walau bagaimanapun adalah sunat jika dikerjakan dengan berturut-turut seperti Jama’ Taqdim. Ini bermakna Jama’ Takhir, solat boleh dikerjakan dahulu atau kemudian.




NIAT JAMAK TAKDIM :

Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim
 

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
 

 أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanyaJamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

 
 
NIAT JAMAK TA'HIR :

Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

 
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir 

 أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.



.S.E.M.O.G.A.  B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.

Sumber : ULUL ALBAB

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt,

SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)

Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~

║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©