20120106

:: ANA UHIBBUKI FILLAH HATTA FIL JANNAH ABADAN ABADA ::


DUHAI YANG TERSAYANG..

Sayangku..
Andai saja kau tahu bisik hati ini..
Andai saja kau rasa cinta ini..
Dan andai saja kau ada detik ini..
Akan ku katakan padamu..
Akan ku ceriterakan padamu..
Tentang perasaanku..


Aku mencintaimu sepenuh jiwaku,
Walaupun aku tahu cintamu bukan untukku..
Dan aku tahu kau mencintai dia..
Sungguh hanya dia di hatimu..
Menyayangi dia sepenuh jiwa ragamu..



Aku tahu aku bukan sesiapa di hatimu..
Dan kau takkan mungkin mencintaiku..
Kita terlalu berbeza..
Kau dengan jalan hidupmu,
Aku dengan jalan hidupku..
Cintamu mustahil ku rasakan,
Perbezaan itu menjarakkan cintaku padamu..
Jarak yang mustahil kita tempuh untuk berdua bersatu..



Tapi sayang..
Ketahuilah aku mencintaimu..
Aku menyayangimu..
Sudah lama ku pendam perasaan ini..
Sudah lama ku pendam rasa hati ini..
Sedarkah kau ku pendam rasaku padamu?
Dapatkah kau rasa getaran cinta itu?
Mengertikah kau tentang perasaanku ini?



Andai saja kau tahu..
Betapa aku mencintaimu..
Betapa aku menyayangimu..
Ku ingin kau jadi kekasih hatiku,suamiku..
Dampingi aku setiap waktu..
Rasakan bahagia dan lara cinta kita..
Genggami cinta kita hingga akhir hayat..
Dan bimbingi mahligai kasih kita ke syurga...



Tapi apa dayaku.
Aku takkan mampu melawan takdir..
Sudah itu suratan takdirNYA..
Dia yang mengaturnya..
Dia yang menentukannya..


Sesungguhnya,
Hadirmu dalam hidupku menguji cintaku padaNYA.
Cintaku padamu menguji kesetiaanku padaNYA..
Rinduku padamu menguji ketaatanku padaNYA..
Kehadiranmu begitu mengujiku!



Aku tahu hakikat cinta itu..
Cintamu mustahil bagi diriku..
Cintamu hanya pada dia,dan bukan padaku..
Aku pendam rasa cinta ini..
Aku sembunyi laraku mencintaimu..
Ku hapus airmataku merinduimu..


Tahukah kau apa yang ku rasa?
Peritku rasakan, hancur hatiku..
Cintamu membunuhku!
Dan kau takkan pernah tahu itu..
Sakitnya hanya Dia yang tahu..



Sayang..
Tahukah kau betapa peritnya memendam cinta ini?
Tahukah kau betapa lara hati ini?
Ku mengingatimu,ku memikirkanmu..
Ku bayangkan wajahmu,senyummu..
Suaramu terngiang meluruhkan jiwaku..
Lirikanmu menggetarkan hatiku..
Tingkahmu membuatku bahagia..
Walaupun terkadang menyakitkan hati!




Ku cuba melupakanmu..
Ku cuba hapus rasaku padamu..
Semakin aku melupakanmu..
Semakin kuat cintaku padamu..
Dan aku sedar rasaku,
Betapa aku telah jatuh cinta kepadamu..
Betapa aku benar-benar jatuh hati kepadamu..




Sayang..
Aku tekad mencintaimu keranaNYA..
Aku bahagia lihat kau bahagia..
Aku duka lihat duka menyelubungimu..
Meskipun cemburu lihat kau dengan si dia..
Memadu kasih,cinta,rindu dan sayang..
Ahh..sakitnya..!



Dan..
Apapun takdir suratanNYA..
Apapun takdir untukku dan untukmu..
Doaku selalu bersamamu..
Ku doakan kau bahagia di samping si dia..
Biar cintamu berpanjangan hingga ke syurga..
Moga kau bahagia dengan insan yang kau cintai...
Insan yang kau idam-idam jadi pendampingmu..


Tapi ketahuilah,
Cintaku kepadamu takkan pernah padam..
Cintamu selalu di hatiku..
Hingga selama-lamanya,inshaALLAH..


Hingga saat ini,
Kau yang ada dalam relung hatiku..
Kau takkan pernah terganti..
Dan kau harus tahu itu,harus mengerti..
Kau tetap raja di hati ini..
Kau cintaku hingga saat terakhirku..


Ana uhibbuki fillah hatta fil jannah abadan abada..
Aku mencintaimu hingga ke syurga selama-lamanya kerana Allah..



# KhasUntukKamuDuhaiPujaanHatiku #



5 comments:

  1. Raihlah cinta Allah...raihlah cinta Rasulullah...pohonlah ditemukan cinta yang melabuhkan cintanya pada Dia yang hakiki yg dapat mendekatkan dirimu dengan redha Allah...

    #mahalnya yang solehah itu kerana tinggi sifat malunya..terpelihara hatinya dari perkara yang lagha (^_^)v

    ReplyDelete
  2. Cinta hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, serta menghormati IBU dan BAPAK, Kemudian menyayangi Isteri, Nanak/menantu, cucu, juga memelihara silaturrahim sesama Muslim dan Jiran tetangga.
    Menyandarkan pengharapan hanya kepada Allah azza wa jalla Serra dengan Ridho-Nya menjadi hamba yang bermanfa'at kepada Alam Ciptaan-Nya

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt,

SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)

Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~

║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©