Mungkin orang akan bertanya, jika sekiranya Dajjal dan
Ya’juj wa-Ma’juj adalah dua sebutan yang berlainan untuk menamakan satu bangsa,
mengapa Al-Qur’an hanya menyebutkan nama Ya’juj wa–Ma’juj saja, dan tak
sekali-kali menyebutkan nama Dajjal? Sebabnya ialah bahawa kata Dajjal,
sebagaimana kami terangkan di atas, ertinya “pembohong” atau “penipu”, dan tak
seorangpun suka disebut pembohong atau penipu, walaupun ia benar-benar seorang
pembohong atau penipu yang ulung.
Sebaliknya, oleh kerana Ya’juj wa-Ma’juj itu nama suatu
bangsa, maka tak seorangpun akan merasa keberatan memakai nama itu. Bahkan sebenarnya,
bangsa Inggeris sendiri telah memasang patung Ya’juj wa-Ma’juj di depan
Guildhall di London. Inilah sebabnya mengapa Al-Qur’an hanya menggunakan nama
Ya’juj wa-Ma’juj, dan tak menggunakan nama Dajjal yang ertinya pembohong.
Sebaliknya, kitab-kitab Hadits menggunakan kata Dajjal, kerana nama Dajjal atau
Anti Christ, dan ramalan-ramalan yang berhubungan dengan ini, disebutkan dalam
Kitab Suci yang sudah-sudah. Oleh kerana itu, perlu sekali dijelaskan bagaimana
terpenuhinya ramalan-ramalan itu.
Selain itu, kata Dajjal hanya menunjukkan satu aspek
persoalan, yakni, kebohongan dan penipuan yang dilakukan oleh bangsa itu, baik
mengenai urusan agama, mahupun mengenai urusan duniawi. Akan tetapi terlepas
dari sifat-sifatnya yang buruk, ada pula segi kebaikannya.
Dipandang dari segi duniawi, kesejahteraan material mereka
harus dipandang sebagai segi kebaikan mereka. Itulah sebabnya mengapa dalam
Hadits digambarkan, bahawa mata Dajjal yang hanya satu, iaitu mata duniawi;
gemerlap bagaikan bintang. Al-Our’an juga menerangkan keahlian mereka dalam
membuat barang-barang. Jadi julukan Dajjal hanyalah sebahagian dari gambaran
bangsa itu.
Dalam Al-Qur’an, bangsa-bangsa Kristian disebut “para
penghuni Gua dan inskripsi” (18:9). Gambaran ini menggambarkan dua aspek
sejarah agama Kristian. “Para penghuni Gua” merupakan gambaran yang tepat bagi
kaum Kristian dalam permulaan sejarah mereka kerana pada waktu itu ciri khas
mereka yang paling menonjol ialah hidup dalam biara. Mereka meninggalkan sama
sekali urusan duniawi untuk mengabdikan sepenuhnya dalam urusan agama. Dengan
perkataan lain, mereka membuang dunia guna kepentingan agama.
Akan tetapi pada zaman akhir, mereka digambarkan sebagai
“Bangsa Inskripsi (ar-raqimi)”. Kata raqmun ertinya barang yang ditulis. Kata
ini khusus digunakan bagi harga yang ditulis pada barang-barang dagangan,
seperti pakaian dan sebagainya. Gambaran ini mengandungi erti penyerapan mereka
yang amat dalam, dalam urusan duniawi, fakta ini diuraikan dalam Al-Qur’an sbb:
“Orang-orang yang usahanya menderita rugi dalam kehidupan dunia ini” (18:104).
Jadi, bangsa Kristian yang pada permulaan sejarah mereka
membuang dunia untuk kepentingan agama, tetapi pada zaman akhir, mereka
membuang agama untuk kepentingan dunia; oleh sebab itu, mereka dikatakan dalam
Al-Qur’an sebagai “salah satu petanda Kami yang mengagumkan” (18:9). Sabda
Al-Qur’an tersebut di atas adalah gambaran yang tepat tentang kecondongan
mereka kepada kebendaan. Oleh kerana dalam urusan duniawi, mereka lebih maju
dari bangsa-bangsa lain, maka bangsa lain itu mengikuti mereka secara
membuta-tuli, kerana terpikat oleh keuntungan-keuntungan duniawi yang dijamin
oleh mereka.
Jadi, bangsa-bangsa Kristian menyesatkan bangsa-bangsa lain di dunia, bukan saja dengan pengertian yang salah tentang Putera Allah dan Penebusan dosa, melainkan pula dengan cita-cita mengejar-ngejar kebendaan secara membuta-tuli, dengan mengabaikan sama sekali nilai-nilai hidup yang lebih tinggi. Oleh kerana itu, dalam Hadits, mereka diberi nama Dajjal, atau penipu ulung.
Sumber : AkuCintakanIslam
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt,
SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)
Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~
║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©