20120113

:: Sampaikah Amalan Kita kepada ALLAH ? ::


Alhamdulillah,Allah beri kita nikmat untuk digunakan sebaiknya ke jalan kebaikan. Mengerjakan ibadah dan menghambakan diri kepadaNya yang menciptakan semua yg wujud. Manusia dan jin diciptakan untuk bersujud padaNya. Sepadan dengan firman Allah :

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku" (Dzariat :56)


Kita disuruh bersujud pada Allah sebagai hamba yang lemah kerana kita tidak mempunyai apa pun dimuka bumi ini. Bahkan Allah berfirman :


"Wahai sekalian manusia beribadahlah hanya kepada Allah yang telah menciptakan kalian dan orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa" (Al Baqarah : 21)


Persoalannya, adakah amalan yang kita laksanakan selama ini diterima Allah? Memamng tugas kita hanya beribadah tanpa mengira bagaimana ia dihitung, tetapi jika amalan itu tidak sampai sudah tentu ia ditolak.


Allah ciptakan 7 malaikat untuk menjaga 7 petala langit. Setiap amalan baik kita akan dibawa oleh malaikat melalui setiap pintu petala langit ini. Dari pintu pertama sampailah yang ke tujuh. Ini untuk menapis setiap amalan kita.


Pintu langit PERTAMA :
Malaikat yang membawa amalan hamba yang ada nur seperti matahari. Berkata malaikat penjaga langit pertama: ”Pukul semula amalan ini ke muka orang itu. Dan akulah malaikat penjaga ‘ghibah’(mengumpat). Allah menyuruhku untuk tidak melepaskan amalan ini ke langit seterusnya.


Pintu langit KEDUA :
Alhamdulillah. Berjaya di langit pertama, amalan itu dibawa terus ke pintu langit kedua yang mana amalan itu banyak dan baik. Berkata malaikat penjaga langit: ”Berhentilah di sini dan pukul semula amalan ini kepada orang itu kerana dia berharap amalannya mendapat untung duniawi


Pintu langit KETIGA :
Malaikat akan terus ke langit ketiga,sesudah lepas 2 langit kedua. Para malaikat kagum melihat amalan itu kerana melepasi sehingga langit ketiga. Berkata malaikat penjaga langit; ”Allah menyuruhku agar tak membiarkan amalan orang takabbur melintasi langit ini. Orang yang membangga diri di majlis orang ramai. Pukul semula amalan ini ke kepada orang itu.”


Pintu langit KEEMPAT :
Amalan seperti solat, puasa, zakat, haji dan zikir melepasi sehingga langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit: ”Allah menyuruhku agar amalan orang yang ujub tidak dibenarkan melepasi langit ini. Dia beramal dengan dorongan rasa ujub dalam dirinya.”


Pintu langit KELIMA :
Amalan yang dibawa berseri-seri. Lalu berkata malaikat penjaga langit, “Berhenti,dan buang semula amalan ini kepada orang itu. Dia sebenarnya hasad kepada orang belajar ilmu dan yang beramal seperti dirinya.”


Pintu langit KEENAM :
Amalan yang dibawa bercahaya seperti bulan purnama. Setelah melepasi langit kelima, malaikat penjaga langit menyuruh berhenti dan berkata: ”Pukul semula amalan ini kepada orang itu kerana dia tiada belas kasihan kepada saudara-saudaranya yang dalam kesusahan.”


Pintu langit KETUJUH :
Berkata malaikat penjaga pintu: “Akan aku halang amalan orang yang riya’ daripada sampai kepada Allah. Dia beramal bukan kerana Allah,tetapi untuk disebut-sebut orang lain.”


Setiba dihadapan ALLAH :
Kemudian  naik malaikat pembawa amal yang berupa solat,zakat,haji,zikir,akhlak mulia dan yang baik-baik. Amalan ini melepasi ketujuh-tujuh halangan untuk sampai kepada ALLAH. Ketika itu ALLAH berfirman maksudnya: “Kamu adalah yang betugas menjaga amalan hambaKu ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya.  Bahawa dia tidak ikhlas menunaikan semua ini kerana Ku. Dia boleh berbohong kepada orang lain tetapi tidak dengan membohongi Aku yang Maha Mengetahui"


Justeru itulah perjalanan amalan kita yang kita lakukan selama ini. Jika tiada kita lakukan Ghibah(Mengumpat), tak berharap amalan untuk mendapat untung duniawi, tiada takabbur,ujub,hasad, dan wujud rasa belas kasihan serta tiada riya’ dan ikhlas kerana ALLAH, InshaAllah ALLAH terima amalan itu. Sesungguhnya DIA mengetahui segala yang kita lakukan.


Tugas kita hanya menjaga diri dari sifat diatas agar amalan diterima Allah…..Amiin…

Sumber : Cahaya Penghafal (fb)


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt,

SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)

Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~

║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©