Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama
Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis.
Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai
Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit,
daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan
mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang
tuan lihat?" Baginda bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya
mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya
dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke
kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik
punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya
ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala
jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya
tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari
neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang
darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya
membusuk akibat penyakit kulit.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang
mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku,
cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan
wanita-wanita itu"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak
menjaga rambutnya di jilbab di kalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia
menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita
yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan
mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya
dibelakang lehernya.
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana
dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu
kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan
nifas.
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka
bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan
gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)
di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya
dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai
ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu
mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat
serta tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan
badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang)
serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia
ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt,
SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)
Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~
║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©