Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali
termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptamu..
rahsia yang telah
ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh
sungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku
ini....
Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahui namamu tidak menjadi
idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila
terfikirkan azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi
pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan kami lindungi kami...
Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang
ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah
Allah.
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya
bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih
dari segala...
Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang
akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini,
berikan ku
sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba,
berikanku
segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan
pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan mereka.
Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk
diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk
menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad,
Mungkin kau hairan
suamiku,
mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.
Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel,
dan ku pohon sebagaian itu sebagai
semangatku wahai suamiku,
Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu
suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku kalian
milik Allah,
dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi
jihad dari rahim ini.
Wahai suamiku,
seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam
mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati,
kerana yang kuimpi
seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para
mujahid...
Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu
yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya,
sebagai
hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah
kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan
dunia ini...
kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah
tidak kita balas,
andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya
hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha
Esa...
Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi
redhaNya...
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan
alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan
istikharahya...
InsyaAllah inilah pencarian kita...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum wbt,
SYUKRAN, TERIMA KASEH, THANK U kerana sudi singgah blog saya : ♥ ukhuwah-fillah ♥ mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah ♥ uhibbuka-fillah ♥ . DO LEAVE UR COMMENT. Kebanyakkan post dekat sini adalah dari pelbagai sumber. Sesiapa yang ingin SHARE atau COPY, silakan. Sharing is Caring, rite? IF U DUN MIND, LEAVE UR FOOTPRINT HERE - follow blog ana ok dak?syukran. Last but not least, semoga bermanfaat :)
Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ~~~
║▌│█│║▌║││█║▌│
PUTERI AMMAR ©