Showing posts with label NASIHAT. Show all posts
Showing posts with label NASIHAT. Show all posts

20120324

Mengumpat? - Itu Haram, Harus?

Rasulullah S.A.W bertanya para sahabat: “Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?”
Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”


Rasulullah S.A.W menjelaskan yang bermaksud: “Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia benci.”

Sahabat bertanya: “Sekiranya apa yang saya sebutkan itu benar-benar wujud, adakah dikira mengumpat juga?”

Rasulullah S.A.W menerangkan: “ Sekiranya apa yang kamu sebut itu benar wujud berlaku, maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya apa yang kamu sebut itu tidak benar, maka kamu dikira telah memfitnahnya.”

(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim)


Perbuatan menyebut sesuatu yang benar-benar wujud (berlaku) tentang seseorang yang sekiranya ia mengetahuinya, ia pasti akan marah.

Dalam kitab Al Azkar, Imam Al-Nawawi menyediakan takrif yang terperinci:

“Kamu menyebut tentang saudaramu yang ia memarahinya sama ada perkara tersebut berkaitan dengan tubuh badan, agama, dunia, diri, fizikal, akhlak, harta, anak, ayah, pasangan, khadam, hamba, serban, baju, cara berjalan, bergerak, senyuman, masam wajah dan segalanya yang berkaitan dengan dirinya, sama ada dengan cara menyebut, menulis, isyarat mata, kepala dan sebagainya.”


Allah membuat perumpamaan dalam Al Quran Surah Al-Hujurat ayat 12 bahawa mengumpat itu umpama seseorang memakan daging saudaranya telah mati.

Ketika peristiwa Israk MIkraj, Rasulullah S.A.W diperlihatkan suatu situasi yang sangat mengerikan iaitu satu kaum yang memiliki kuku dari tembaga sedang mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri.

Baginda bertanya kepada Jibrail: “ Siapakah mereka itu?”

Jibrail menjawab “ Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang lain.   (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan perumpamaan ini, para ulama menyimpulkan bahawa hukum mengumpat adalah haram dan termasuk dosa besar yang menuntut pelakunya melakukan taubat yang khusus berserta memohon kemaafan daripada orang yang diumpatnya.


Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

  1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam
  2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang
  3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh serta rendah kedudukannya
  4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat
  5. Bergurau dan membuat lawak dengan tujuan mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain
  6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.


Dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, Imam Al-Ghazali menyatakan 6 keuzuran (situasi) yang mengharuskan mengumpat:
  1. Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 148 yang bermaksud:
“ Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
  1. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut.
  2. Meminta fatwa akan sesuatu hal seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah S.A.W tentang suaminya yang kedekut.
  3. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin dieserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukannya sekiranya ada.
  4. Bila seseorang itu telah dikenal dengan nama julukan seperti si pendek dan sebagainya atau memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Jika tujuannya menghina, maka haram hukumnya.
  5. Seseorang yang melakukan kefasiqan secara terang-terangan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinya, peminum arak, penzina dan sebagainya. Ketika menceritakan keburukan tersebut, kita tidak boleh menambah-nambah dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.


Setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja.



S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.









20120320

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
 


 Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud : "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)


 Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut namapelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.


 Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan sepertimemakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.


 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"  (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"  (Hadis riwayat Abu Daud)


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.


 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.


 Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.


Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.


 Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.



.S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.




20120315

UTAMAKAN AMALAN BATIN

 
Assalamualaikum wr wb :)

Di antara sebab amalan batin wajib diutamakan kerana terdapat bukti dalam nas seperti berikut :

1) Perintah supaya KHUSYUK dalam solat:
"Apakah belum masanya bagi orang yang beriman untuk kusyuk mengingati Allah.."
(Al-Hadid : 16)


2) Supaya sentiasa MERASA DIAWASI oleh Allah :
"Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari Al-Quran dan tidak mengerjakan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Allah biarpun sebesar zarah (atom) di bumi biarpun di langit. Tidak ada yang kecil dan tidak pula yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat dalam kitab yang nyata ( Luh Mahfuz).."
(Yunus : 61)


3) Perintah supaya TAKUT kepada Allah :
"Janganlah kamu menyembah dua tuhan. Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepadaKu sahaja kamu takut.."
(Al-Nahl : 51)


4) Perintah supaya TAWAKKAL :
"Hanya kepada Allah sahajalah orang beriman harus bertawakkal.."
(Al-Taubah : 51)


5) Perintah supaya SYUKUR :
"Bersyukurlah kamu kepada Allah sekiranya kamu benar-benar menyembahNya.."
(Al-Baqarah : 172)


6) Perintah supaya SABAR :
"Sabarlah, tetapi tidak mungkin kamu bersabar kecuali dengan pertolongan Allah.."
(Al-Nahl : 127)





Sumber : SOLUSI

20120314

MEMO UNTUK SI BELANGKAS


Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? KENAPA TIDAK NIKAH SAHAJA? Boleh khalwat lama-lama.
"Ingat nikah itu senang?!"
Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari LEMBAH ZINA terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas BERUMAH TANGGA. Ingat itu!!

Ku nasihatkan diriku jua dirimu wahai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan ISTIKHARAH dan MUSYAWARAH (berbincang). Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah secara optimis.

 
Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan BERKHITBAH (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang dibina. AWAS! Hindari segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.

 
Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,
Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang LEMAS DALAM LAUTAN CINTA. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai PRIORITI sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau bekerja atau mengejar cita-cita.
Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa mereka tak segera BERZAUJAH (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

 
Sedangkan ada hadis yang mana Nabi SAW berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang tidak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?
Kerisauan ini lumrah. Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh TANGGUNGJAWAB. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya : jika seseorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiayai apatah lagi membiayai hidup orang lain??

 
Faktor ini membuatkan sang pemuda TAKUT BERKAHWIN. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai BERHALA BERNAMA MATERIALISTIK. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.
Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira bahawa berupa KECUKUPAN KEHIDUPAN BAGI PASANGAN YANG BERKAHWIN.

 
"Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah Maha Luas PemberiaanNya lagi Maha Mengetahui."
(An-Nur : 32)

 
Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai???

Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari Al-Qurtubhi : "Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah menjaminnya"

 
Nabi Muhammad SAW juga memberi gambaran yang prakatikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a. : "Makanan dua orang dapat mencukupi makanan tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi makanan empat orang."
(HR Bukahri dan Muslim)

 
Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah Al-Nur ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

 
Buat kaum Hawa,
Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan BAIK AGAMANYA. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, PERCAYALAH PADANYA.
Buat Syabab,
Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah SAW, beliau bersabda: "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik."
(HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka dengan penuh hikhmah. Hati mereka milik Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut DOA, KESUNGGUHAN DAN KEBERANIAN. Orang tua akan cair juga dengan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

 
Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah kithbah!


Selama tempoh kithbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga KESUCIAN IKATAN. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

 
Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a. menjelaskan, "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya"(HR Ahmad)

Oh kaum Hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang sudah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu segala persoalan dalam benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.


"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah."
(HR Bukhari)





Sumber : Fatimah Syarha Noordin (SOLUSI)

20120311

KADANG KITA TERLUPA

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - (Tirmizi). Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insya ALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya - (Ahmad).

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya - (Tirmizi).

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - (Bukhari). Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari, telunjuk & tengah) - (Muslim). Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - (Abu Dawud).

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

19. Nabi tak makan sambil bersandar - (Bukhari). Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

21. Nabi sering beristinjak air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - (Muslim). Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - (Bukhari). Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh (mohon perlindunganNYA) - (Bukhari).

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.

29. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - (Bukhari).

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - (Abu Dawud). Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

34. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - (bukhari).

35. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

36. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - (Abu Dawud).

37. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.

38. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - (Abu Naim).

39. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

40. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - (Muttafaq Alaih).

41. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - (Muttafaq Alaih).

42. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.

43. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - (Abu dawud).

44. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.

45. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - (Bukhari). Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.

46. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

47. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - (Ad-Dailami).

48. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.



Sumber : Ukhti Azua

20120303

M.A.R.A.H


Marah?
Ada apa dengan marah?
Adakah ia merupakan satu perasaan?


Marah adalah perasaan yang paling dibenci oleh Allah swt. Perasaan marah ini juga dibenci oleh semua orang. Jikalau anda seorang yang pemarah, perbanyaklah berzikir mengingati Allah swt. Perbanyakkan muhasabah diri.


 "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam".


Lihat diri sendiri dan bertanya: adakah anda seorang yang sempurna adni tidak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan seharian? Kita semua adalah manusia yang begitu banyak dosa lagi tidak sempurna.


Oleh itu, jikalau kita ingin memarahi seseorang, fikir dahulu sebelum melakukannya. Jika kemarahan itu berterusan, elakkanlah ia dengan mengambil wuduk, membaca Al-quran, beristighfar, berzikir dan berdoa supaya hati kita sentiasa tenang.



Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:

"Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring.."



Sumber : Artikel iluvislam.com

Mutiara kata Imam Al-Ghazali




yang singkat itu "waktu".

 yang menipu itu "dunia".

 yang dekat itu "kematian".

 yang besar itu "hawa nafsu".

 yang berat itu "amanah".

 yang sulit itu "ikhlas".

 yang mudah itu "berbuat dosa".

 yang susah itu "sabar".

 yang sering lupa itu "bersyukur".

 yang membakar amal itu "mengumpat".

 yang mendorong ke neraka itu "lidah"

 yang berharga itu "iman".

 yang mententeramkan hati itu "teman sejati".

 yang ditunggu ALLAH SWT itu "TAUBAT".



Sumber : Adi Midi Kssbr

LALAI SOLAT AKIBAT DUNIA


PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?

Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.

Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.

Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:


1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

 2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

 3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

 4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

 5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang. Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

 6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.



Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak akan dapat rasa khusyuk.

Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.

Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.

Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.

Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.


Oleh: Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh

20120116

JANGAN MELAMPAU...


Dari Anas r.a katanya :
Beberapa orang sahabat Nabi SAW bertanya kepada para isteri baginda tentang amal ibadah baginda ketika sedang bersunyi diri (sendirian).
Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata :
Aku tidak akan berkahwin!
Sebahagian lagi berkata,:
Aku tidak akan makan daging.
Yang lain pula berkata :
Aku tidak akan tidur di atas kasur (tempat ...perbaringan).
Mendengar ucapan para sahabat itu, Nabi SAW serta merta memuji Allah SWT, lalu baginda bersabda:
Bagaimanalah cara mereka berfikir sehingga mereka bercakap begini dan begitu.
Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku bernikah.
Sesiapa yang benci kepada cara hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk golonganku.
 
 
[HR.Bhukari]

Sumber : Jehad Fisabilillah
 
 
TAUBAT...

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali. [Riwayat Bhukari & Muslim]


i) Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama.
 


ii) Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.
 


iii) Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:

 a) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta.
Contohnya orang yang tidak melakukan sembahyang mestilah kembali menunaikan sembahyang atau orang yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut.

 b) Menyesali dosa yang telah dilakukan.
 Di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T.

 c) Bertekad tidak akan mengulangi dosa.

 d) Mengembalikan hak kepada yang berhak.
Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan.
Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya.
Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut.

 e) Dalam tempoh masa.
Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.
 
 
Sumber : Jehad Fisabilillah

20120112

:: KAMU YANG BERNAMA LELAKI ::

~ Dulu,
bila di sebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini, bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi..


~ Dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini, bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat, perogol bersiri..


~ Dulu,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa yang berani menggoda,
kini, bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas, binasa..


~ Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini, lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya.


~ Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini, lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dikerah..


~ Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini, lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..


~ Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini, lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah..


>>> KEMBALILAH lelakiku pada KELAKIANMU..kami RINDUKAN lelaki dulu, ACUAN madrasah Rasul..♥♥.
Sumber : Nurin Farisya Amira (fb)

20120108

:: DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA ::



Ketika TUHAN Menciptakan wanita,
Malaikat datang menyentuh dagunya. . .
TUHAN, ciptaan ini kelihatan lemah dan longlai. Seolah – olah terlalu banyak beban terhadapnya.
Itu bukan lemah atau longlai, itu adalah AIR MATA.
Untuk apakah air mata itu? tanya malaikat



AIR MATA adalah salah satu cara dia mengekspresikan kegembiraan, kegagalan, Cinta, kesepian, penderitaan dan kebahagiaan


ENGKAU menciptakan segala sesuatunya. Wanita ciptaan MU ini akan sungguh menakjubkan!


Wanita ini mempunyai kekuatan mempesonakan lelaki.


Dia dapat mengatasi beban
Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.
Dia mampu tersenyum walaupun sebenarnya hati menjerit.
Mampu menyanyi saat menangis,
Menangis saat terharu, terharu saat ketawa,
Bahkan tertawa saat ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya.
Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.
Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.
Dia membawa sahabat yang sakit untuk berubat.



- CINTANYA TANPA SYARAT -



Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang.
Dia girang dan bersorak saat melihat sahabat tertawa.
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit dan kematian
Tetapi dia selalu mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup,
Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.


Hanya Satu Kekurangan dari Wanita,
DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRINYA..


- Muslimah Sholehah

Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/dia-lupa-betapa-berharganya-dirinya/#ixzz1iqQcYBAf

20120106

:: Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam ::


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!


“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.” (Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk
.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.



Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Sumber :
PDH


20120105

:: WAHAI ORANG YANG LEMBUT HATINYA ::



Teristimewa buatmu yang pernah hadir dihatiku..
Walaupun kita tak pernah bertemu, namun hadirmu selalu menemaniku..
Sebelum ini belum pernah aku mencoretkan sesuatu untukmu..
Aku tak berani ungkapkan rasa itu..
Tetapi tak tahu kenapa hati ini teringin menulis sesuatu untukmu..
Walaupun kamu tidak tahu rasa itu,
aku akan tetap menunggu…


Wahai orang yang lembut hatinya..
Entah dari mana aku mulai menyusun kata – kata untuk mengungkap segala sedu – sedan dan perasaan yang ada didalam dada. Saat kau baca coretan ini, anggaplah aku ada di hadapanmu dan menangis, kerana rasa kasihku padamu.


Wahai orang yang lembut hatinya..
Hadirmu tiada ku duga. Pertemuan denganmu tiada pernah ku kira. Semua itu adalah sebuah rahsia. Pastinya Allah ada rencana untuk kita semua. Sedikit pun aku tak mengenalmu bahkan namapun ku tak tahu. Pertama kali pertemuan itu telah buat aku suka padamu.


Wahai orang yang lembut hatinya..
Walaupun kau tak sesempurna harap, namun entahlah aku tertarik padamu. Hati ini tak mungkin dapat berbohong rasa ini walaupun aku hanya mampu menyimpan dihatiku
Namun hadirmu selalu ku tunggu.


Wahai orang yang lembut hatinya..
Sejak aku kehilangan rasa aman dan kasih sayang serta merasa sendirian tiada memiliki sesiapa, kecuali Allah. Kaulah orang pertama datang memberikan ku rasa simpatimu dan kasih sayangmu. Aku tahu kau telah menitiskan airmata untukku ketika orang lain tidak mempedulikan ku..


Wahai orang yang lembut hatinya..
Ketika orang-orang disekitar ku tidak peduli dan bosan dengan apa yang menimpa diriku, tetapi kau tidak. Kerana orang yang ikhlas tidak pernah mahu mengingat kebajikan yang telah dilakukannya. Aku hanya ingin mengungkapkan apa yang saat ini berada dalam jiwa…


Wahai orang yang lembut hatinya..
Sebenarnya aku tidak layak pun untuk menulis semua ini untukmu. Tetapi rasa hormat dan cintaku padamu yang setiap detik membesar didalam dada terus memaksa. Aku sebenarnya merasa tidak layak mencintaimu tetapi apa yang mampu dibuat oleh makhluk yang daif seperti ku ini.


Wahai Orang yang lembut hatinya..
Adakah aku salah menulis semua ini? Segalanya menderu di dalam dada dan jiwa. Sudah lama aku menanggung nestapa. Hatiku selalu kelam oleh penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih sayang. Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa cintaku padamu. Aku tidak ingin menganggu dirimu dengan kenistaan kata-kata yang tercoret dalam bingkisan ini. Jika ada yang bersalut dosa, moga Allah mengampuni.
Aku mengharapkan kau menjadi milikku suatu hari nanti. Semoga Allah memperkenankan doaku.
Maafkan aku andai apa yang aku tulis ini membuatkan sesetengah orang tidak menyukainya, maafkan aku..
Ku harap kasih sayangmu dapat menyembuhkan luka ku. Ku harap kesetiaanmu akan kekal terpatri dalam jiwamu, walaupun aku masih ragu akan semua itu, tetapi semuanya aku serahkan pada sang pemilik hati ini..


sumber asal : Muslimah Sholehah
sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/wahai-orang-yang-lembut-hatinya/#ixzz1huhqTkdQ