Showing posts with label LARANGAN. Show all posts
Showing posts with label LARANGAN. Show all posts

20120324

Kulit Dan Neraka

Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an, yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang KUFUR INGKAR kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan MEMBAKAR MEREKA DI DALAM API NERAKA. Tiap-tiap kali KULIT mereka MASAK HANGUS, Kami gantikan untuk mereka KULIT yang lain supaya mereka dapat MERASA AZAB SENGSARA itu dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH adalah MAHA KUASA, lagi MAHA BIJAKSANA."  (Surah an-Nisa; 56)



Ayat di atas merupakan salah satu peringatan dan ancaman dari Allah SWT kepada umat manusia yang kufur ingkar kepada ayat-ayatNya. Saudaraku, pernahkah terlintas di fikiran kita, mengapa di dalam ayat ini Allah SWT menyatakan KULIT ?



Setelah memasuki Block Dermatology dan Musculoskeletal System baru ana mengerti akan KEMUNGKINAN (sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala susatu) kenapa kulit yang Allah nyatakan di dalam ayat ini. Jadi, marilah kita sama-sama telusuri dan berkongsi sedikit ilmu dan pandangan mengenai hal ini. Bukti Kebesaran Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.




Kulit
Kulit merupakan organ terbesar yang Allah SWT ciptakan pada tubuh kita. Ia meliputi 16% daripada berat tubuh. Secara histologi, kulit dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu :

1.  Epidermis – lapisan paling atas yang berasal dari ectoderm
2. Dermis – lapisan connective tissue (tisu penyambung) di bawah epidermis yg berasal dari mesoderm
3.  Subkutan – lapisan kulit paling bawah dan mengandung banyak sel lemak.




Histologi kulit manusia
Terdapat beberapa reseptor yang Allah SWT ciptakan pada kulit manusia. Antaranya ialah:
1.  Mechanoreceptor – reseptor yang menerima ransangan tekanan, sentuhan & getaran.
2. Thermoreceptor – reseptor yang menerima ransangan suhu (sejuk/panas)
3.  Nociceptor – reseptor yang menerima ransangan sakit.


Walaupun terdapat banyak reseptor di kulit kita, tetapi reseptor sakit merupakan reseptor yang paling menarik minat saya. Jika ditinjau dari aspek neurologi, threshold reseptor sakit lebih tinggi berbanding reseptor-reseptor lain. Jadi, ia hanya dapat mengesan stimulus yang melampau. Sebagai contoh, jika terdapat ransangan panas, ia akan dikesan oleh thermoreceptor. Tetapi, jika haba yang diberikan terlalu banyak (melampau) maka reseptor sakit pula akan teransang.




Sakit
Saudaraku, rasa sakit didefinisikan sebagai suatu deria dan pengalaman emosi yang tidak disenangi, yang berasal dari stimulus yang dapat menyebabkan kecederaan atau yang berpotensi menyebabkan kecederaan pada tubuh. Rasa sakit merupakan amaran kepada kepada kita bahawa ada ‘something wrong somewhere’ pada tubuh.


Kadang-kadang, dalam menghadapi kesakitan, kita mengeluh seolah-olah tidak redha dengan ketentuan Tuhan. Dan yang lebih menyedihkan, ada yang “memaki” Tuhan di atas sakit yang menimpa.


Saudaraku sekalian, pernahkah kita terfikir bahawa di saat kita sedang merasai kesakitan, sebenarnya kita juga sedang mengecapi nikmat dari Allah SWT, Tuhan semesta alam? Nikmat yang saya maksudkan di sini ialah nikmat berupa keupayaan tubuh kita untuk mengesan rasa sakit.


Saudaraku, cuba kita bayangkan bagaimana keadaan kita jika Allah SWT mematikan semua nociceptor pada tubuh kita.


Tapi saudaraku, tanpa reseptor sakit, kita tidak akan sedar yang tubuh kita sedang mengalami kecederaan. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami appendicitis (biasa orang sebut kena appendix) tidak akan tahu bahawa peradangan sedang terjadi di appendixnya. Maka dia akan tetap “tenang-tenang aja” (bak kata orang Medan), sedangkan inflamasi yang sedang terjadi boleh menyebabkan appendixnya pecah dan menyebabkan keadaan yang lebih parah.


Tanpa rasa sakit, orang yang mengalami kemalangan tidak akan sedar bahawa tulang rusuknya telah patah (close fracture) dan lebih teruk lagi, jika tulang yang patah itu menikam paru-paru atau jatungnya.


Penderita Coronary Heart Disease mungkin tidak dapat didiagnosis penyakitnya tanpa angina pectoris (sakit dada). Akhirnya, jantungnya mengalami ischemia (x cukup oksigen) kerana penyumbatan pada artery coronary (saluran darah yang membawa darah ke otot jantung) dan akhirnya dia mati akibat kegagalan jantung (heart failure), tanpa sempat didiagnosis dan diberikan terapi.



Maka benarlah bahawa menderita kesakitan juga merupakan salah satu nikmat dari nikmat-nikmat dari Allah SWT yang tidak terhitung banyaknya. Dan perkara ini membuktikan kebenaran firman Allah SWT di dalam al-Qur’an, yang bermaksud ;
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya…” (Surah an-Nahl;18)


Maka, sepatut dan seharusnyalah kita bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.


Allah berfirman di dalam surah Ibrahim, ayat ke-7 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.” (Surah Ibrahim;7)


Tetapi saudaraku, syukur tidak cukup hanya dengan lafaz “Alhamdulillah” tetapi, syukur kita haruslah dizahirkan dengan mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.


Mantapkan amalan fardhu. Perbanyakkanlah amalan sunat. Kadang-kadang, ada orang menyangka bahawa dengan amalan fardhu sahaja sudah cukup baginya. Saudara, apakah kita akan berpuas hati jika setiap kali kita makan, hidangan yang disediakan hanyalah nasi putih, tanpa lauk pauk yang enak? Semestinya kita jemu bukan? Begitulah juga halnya dengan ibadah kita. Tanpa ibadah sunat, kita tidak akan dapat merasa apa yang dikatakan manisnya iman.




Seksaan Neraka
Saudaraku, jika kita merujuk kembali kepada terjemahan ayat ke 56 Surah an-Nisa, sedarkah kita betapa dasyatnya seksaan yang Allah sediakan bagi orang yang kufur? Kulit kita yang terbakar disiat oleh Malaikat Zabaniyah lalu Allah SWT menggantikannya dengan kulit yang baru, lalu di bakar lagi, dan disiat lagi. Begitulah halnya berterusan tanpa henti. Tujuan rasa sakit yang Allah ciptakan bukannya lagi berfungsi sebagai amaran bahaya tetapi kini berubah menjadi SEKSAAN. (Sedih saat ana menjalankan praktikum fisiologi dimana kami diminta menyediakan preparat nerve muscle dari katak. Semasa ana menyiat kulit katak, ana terbayangkan bagaimana menderitanya kita jika kulit kita disiat di neraka – na’uzubillah )



Rasulullah SAW bersabda ;
“Seksa terkecil bagi ahli neraka di hari kiamat ialah selipar api neraka, yang apabila dipakai, otak akan mendidih disebabkan panasnya”

Abu Hurairah RA berkata ;
Jika ada seratus ribu orang lebih di dalam suatu masjid, lalu seorang ahli neraka menghembuskan nafasnya di situ, maka matilah semua orang di dalam masjid.”


Ketahuilah wahai diriku dan saudaraku, seseungguhnya Allah SWT telah menciptakan neraka dan kedasyatan untuk penduduknya. Allah SWt berfirman:
“Takutilah mereka dengan hari penyesalan (kiamat), ketika dihukum tentang perkara yang telah dilakukan sedangkan mereka dalam kelalaian dan mereka tiada beriman”.  (Surah Maryam;39)


Sungguh, ini semua telah ditentukan dan akan menjadi kenyataan di hari kiamat, yang menghairankan, kita masih tertawa dan terpaut oleh kehinaan dunia. Kita tidak tahu bagaimana keputusan Allah untuk kita.
(Petikan dari Kitab Mukasyafah al-Qulub oleh Imam al-Ghazali)



Jika Allah telah memudahkanmu ke jalan yang baik, bergembiralah, barangkali engkau jauh dari neraka. Jika kau telah berniat ingin baik, tentulah akan dimudahkan buat menuju ke sana. Jika engkau berniat buruk, akan dimudahkan pula jalan ke sana (neraka). Allah Azza Wa Jalla berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang yang baik dalam kenikmatan (syurga) dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka” (Surah al-Infithar;13-14)







S.E.M.O.G.A..B.E.R.M.A.N.F.A.A.T



Sumber: http://www.soutulislami.blogspot.com/




Mengumpat? - Itu Haram, Harus?

Rasulullah S.A.W bertanya para sahabat: “Adakah kamu tahu apa makna mengumpat?”
Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”


Rasulullah S.A.W menjelaskan yang bermaksud: “Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang ia benci.”

Sahabat bertanya: “Sekiranya apa yang saya sebutkan itu benar-benar wujud, adakah dikira mengumpat juga?”

Rasulullah S.A.W menerangkan: “ Sekiranya apa yang kamu sebut itu benar wujud berlaku, maka kamu dikira mengumpat. Dan sekiranya apa yang kamu sebut itu tidak benar, maka kamu dikira telah memfitnahnya.”

(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim)


Perbuatan menyebut sesuatu yang benar-benar wujud (berlaku) tentang seseorang yang sekiranya ia mengetahuinya, ia pasti akan marah.

Dalam kitab Al Azkar, Imam Al-Nawawi menyediakan takrif yang terperinci:

“Kamu menyebut tentang saudaramu yang ia memarahinya sama ada perkara tersebut berkaitan dengan tubuh badan, agama, dunia, diri, fizikal, akhlak, harta, anak, ayah, pasangan, khadam, hamba, serban, baju, cara berjalan, bergerak, senyuman, masam wajah dan segalanya yang berkaitan dengan dirinya, sama ada dengan cara menyebut, menulis, isyarat mata, kepala dan sebagainya.”


Allah membuat perumpamaan dalam Al Quran Surah Al-Hujurat ayat 12 bahawa mengumpat itu umpama seseorang memakan daging saudaranya telah mati.

Ketika peristiwa Israk MIkraj, Rasulullah S.A.W diperlihatkan suatu situasi yang sangat mengerikan iaitu satu kaum yang memiliki kuku dari tembaga sedang mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri.

Baginda bertanya kepada Jibrail: “ Siapakah mereka itu?”

Jibrail menjawab “ Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang lain.   (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan perumpamaan ini, para ulama menyimpulkan bahawa hukum mengumpat adalah haram dan termasuk dosa besar yang menuntut pelakunya melakukan taubat yang khusus berserta memohon kemaafan daripada orang yang diumpatnya.


Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

  1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam
  2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang
  3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh serta rendah kedudukannya
  4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat
  5. Bergurau dan membuat lawak dengan tujuan mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain
  6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.


Dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din, Imam Al-Ghazali menyatakan 6 keuzuran (situasi) yang mengharuskan mengumpat:
  1. Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 148 yang bermaksud:
“ Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
  1. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut.
  2. Meminta fatwa akan sesuatu hal seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah S.A.W tentang suaminya yang kedekut.
  3. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin dieserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukannya sekiranya ada.
  4. Bila seseorang itu telah dikenal dengan nama julukan seperti si pendek dan sebagainya atau memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Jika tujuannya menghina, maka haram hukumnya.
  5. Seseorang yang melakukan kefasiqan secara terang-terangan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinya, peminum arak, penzina dan sebagainya. Ketika menceritakan keburukan tersebut, kita tidak boleh menambah-nambah dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.


Setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja.



S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.









20120320

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
 


 Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud : "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)


 Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut namapelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.


 Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan sepertimemakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.


 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"  (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"  (Hadis riwayat Abu Daud)


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.


 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.


 Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.


Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.


 Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.



.S.E.M.O.G.A. .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.




20120319

TABARRUJ

Satu peristiwa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w semasa dalam perjalanan Isra’ Mi’raj yang ada kaitannya dengan penghuraian tabarruj.

 
 Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah:
 “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w, kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:
“Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”



 Rasulullah SAW menjawab:
“Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun-umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka


 Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya: “Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.


 
 Rasulullah SAW menjawab:
“Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta."


SEUNTAI KATA...

Dalam berhias, janganlah melebih-lebih. Cukuplah sekadar menzahirkan ciptaan Allah. Betulkan nawaitu berhias semata-mata kerana Allah. Allah itu suka akan kecantikan, maka berhiaslah keranaNya. Janganlah berniat berhias semata-mata untuk dikenali dan menjadi terkenal. Hawa memang suka kelihatan cantik. Tetapi jangan ingin cantik di mata manusia tetapi buruk di sisi Allah. Berhias secara berlebih-lebih sehingga sanggup membelakangkan syariat Islam. Nauzubillah... Berhiaslah untuk suamimu kerana hanya dia yang layak melihat kecantikanmu dan bukannya lelaki-lelaki yang asing bagimu Cukuplah bagi mereka itu apa yang zahir ada padamu. Wallahualam...



.S.E.M.O.G.A.  .B.E.R.M.A.N.F.A.A.T.



20120316

Larangan Menipu

Samurah Bin Jundub melaporkan katanya, "Rasulullah SAW selalu bertanya kepada sahabat baginda, 'Ada sesiapa di kalangan saudara bermimpi?' Oleh itu orang yang hendak menceritakan mimpinya menceritakan kepada baginda.


Pada suatu hari, Rasulullah SAW berkata kepada kami, 'Semalam dua orang datang kepada saya dan mereka berkata, 'Marilah.' Saya pun pergi bersama mereka.


Kami berjumpa LELAKI SEDANG BERBARING. Tiba-tiba datang orang lain BERDIRI SAMBIL MEMEGANG SEKETUL BATU YANG BESAR. Dia menghempaskan batu besar itu ke atas kepala lelaki yang berbaring itu lalu KEPALANYA PECAH HANCUR. Batu tadi bergolek dan lelaki tadi mengejar dan mengambilnya semula. Batu itu kembali ke tangan lelaki tadi apabila kepala si lelaki yang pecah itu sudah pulih seperti sedia kala.


Pembawa batu kembali semula kepada lelaki yang kepalanya sudah sembuh itu dan mengulangi perbuatannya tadi!

Saya bertanya kepada mereka yang mengajak saya, 'Maha Suci Allah! Siapakah mereka ini?'

Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.


Kemudian, kami berjumpa lelaki yang BERBARING TELENTANG, manakala seorang lagi sedang BERDIRI SAMBIL MEMEGANG CANGKUK BESI. Tiba-tiba, dia datang ke arah sisi sebelah muka lelaki yang berbaring itu lalu MEROBEK-ROBEK PIPINYA, HIDUNGNYA DAN MATANYA HINGGA TEMBUS KE BELAKANG. Kemudian dia beralih ke sebelah sisi yang lain dan melakukan perkara sama. Apabila selesai mengerjakan sisi itu, sisi yang pertama sudah sembuh seperti sediakala. Kemudian dia kembali ke situ dan mengulangi perbuatan yang sama.


Rasulullah SAW bertanya lagi, 'Saya berkata, 'Maha Suci Allah! Siapakah mereka ini?'

Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.


Kemudian kami berjumpa dengan benda seperti KETUHAR.


Kata pelapor hadis (Samurah), 'Saya rasa Rasulullah SAW berkata, 'Di dalam ketuhar itu ada BUNYI BISING DAN SUARA ORANG.


Rasulullah SAW berkata lagi, 'Kami pun lihat ke dalamnya, rupa-rupanya di dalam ketuhar itu ada lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang telanjang. Tiba-tiba API MARAK datang kepada mereka dari arah bawah dan mereka pun MERAUNG.


Saya bertanya lagi, 'Siapakah mereka?'

Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.


Kemudian kami menjumpai SUNGAI.

Kata pelapor hadis (Samurah), 'Saya rasa Rasulullah SAW berkata, 'Air sungai itu MERAH SEPERTI DARAH.'


Rasulullah SAW berkata lagi, 'Tiba-tiba di dalam sungai itu ada LELAKI YANG SEDANG BERENANG, manakala di tebing sungai pula LELAKI LAIN SUDAH SEDIA MENGUMPULKAN BANYAK BATU. Lelaki yang berenang itu datang dekat, lelaki yang mengumpulkan batu dan membuka mulutnya, lalu lelaki di tebing sungai pun MELONTARKAN BATU KE MULUTNYA. Kemudian dia pergi berenang lagi, dan datang semula kepada lelaki di tebing. Setiap kali dia datang, dia MEMBUKA MULUT dan lelaki di tebing melontarkan batu ke dalam mulutnya.


Saya bertanya kepada dua orang yang mengajak saya, 'Siapakah mereka ini?'

Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.


Kemudian kami berjumpa LELAKI YANG SANGAT HODOH RUPANYA. Dia menyalakn API DAN BERLARI-LARI MENGELILINGINYA.


Saya bertanya kepada dua orang itu, 'Siapakah orang ini?'

Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.


Kemudian kami sampai di TAMAN YANG SUBUR MENGHIJAU DAN BERBUNGA PELBAGAI WARNA. Di tengah-tengah taman itu ada LELAKI TINGGI, saya hampir-hampir tidak dapat melihat kepalanya kerana terlalu tinggi menjulang ke langit. Di sekeliling lelaki itu ada KANAK-KANAK, saya tidak pernah melihat kanak-kanak sebegitu ramai.


Saya bertanya, 'Siapa orang ini? Siapa pula kanak-kanak ini?'

Mereka berkata kepada saya, 'Teruskan berjalan!' Kami pun terus berjalan.


Kemudian kami sampai pada POKOK BESAR, tidak pernah saya lihat pokok sebesar dan secantik itu!

Mereka berdua berkata kepada saya, 'Panjatlah.'

Kami memanjat sehingga sampai di KOTA YANG DIBINA DARIPADA BATU-BATA, EMAS dan PERAK. Kami pergi ke pintu pagar kota dan mengetuknya, lalu pintu dibuka. Kami disambut oleh orang-orang yang sebelah badan mereka ELOK rupanya seperti orang paling elok saudara lihat, manakala sebelah lagi badan mereka HODOH rupanya, seperti orang yang paling hodoh saudara lihat!


Dua orang bersama saya itu berkata kepada mereka, 'Terjunlah ke dalam sungai itu.'


SUNGAI itu terbentang di tengah kota dan airnya putih seperti susu. Mereka mandi di dalamnya dan apabila mereka kembali kepada kami, RUPA BURUK MEREKA HILANG DAN MEREKA MENJADI SANGAT ELOK.


Nabi Muhammad SAW berkata lagi, 'Mereka berdua berkata kepada saya, 'Ini SYURGA ADNIN DAN INILAH RUMAH TUAN.' Saya pun memandang ke atas dan nampak ISTANA SEPERTI AWAN PUTIH. Mereka berkata kepada saya lagi, 'Inilah rumah tuan.'


Saya berkata kepada mereka, 'Semoga Allah beri KEBAIKAN  kepada tuan berdua. Biarah saya masuk ke dalamnya.'

Mereka menjawab, 'Sekarang tidak boleh, tuan akan masuk suatu masa nanti.'

Saya bertanya kepada mereka, 'Sepanjang malam ini saya lihat banyak perkara aneh, apa maksud perkara yang saya lihat itu?'


Kata mereka kepada saya, 'Kami akan beritahu tuan. Lelaki pertama yang tuan jumpa yang dihempaskan batu di kepalanya itu adalah ORANG YANG BELAJAR AL-QURAN KEMUDIAN TIDAK MEMBACA DAN TIDAK MENGAMALKAN ILMUNYA DAN TIDUR TANPA MENGERJAKAN SEMBAHYANG WAJIB.


Lelaki yang dirobek-robekkan pipi, hidung dan matanya sehinggga tembus ke belakang itu adalah ORANG YANG KELUAR DARI RUMAH DAN MENYEBARKAN CERITA BOHONG SEHINGGA TERSEBAR KE PELUSUK DUNIA.


Orang lelaki dan perempuan yang telanjang dalam tempat seperti ketuhar itu adalah PENZINA LELAKI DAN PENZINA PEREMPUAN.


Lelaki yang sedang berenang di dalam sungai dan disuapkan dengan batu itu adalah PEMAKAN RIBA.


Lelaki berwajah hodoh yang menyalakan api dan berlari-lari mengelilinginya pula adalah MALAIKAT MALIK PENJAGA NERAKA JAHANAM.


Lelaki tinggi di taman itu pula adalah NABI IBRAHIM, manakala kanak-kanak yang ada di sekeliling beliau adalah ANAK-ANAK YANG MATI SEMASA KECIL DALAM KEADAAN BERAGAMA FITRAH ( ISLAM).


Dalam laporan Barqani disebut, 'Anak-anak dilahirkan dalam keadaan beragama fitrah (ISLAM).'

Beberapa orang Islam bertanya, 'Anak-anak orang bukan Islam pun termasuk juga?'

Jawab Rasulullah SAW, 'Anak-anak orang bukan Islam pun termasuk juga.'


Mereka yang berupa buruk sebelah dan elok sebelah pula adalah ORANG YANG MENCAMPUR-ADUKKAN AMALAN BAIK DAN AMALAN BURUK tetapi Allah ampunkan dosa mereka.."


(HR Bukhari)


Sumber : BERBICARA CARA NABI (Koleksi Terpilih Daripada Kitab Riyadus Solihin) oleh  IMAM NAWAWI














20120117

:: LARANGAN MELIHAT AURAT WANITA ::

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda,

“Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.

Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak.


Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain.


Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingatkannya.Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat keduanya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.


Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram. Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung.


Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dalam kalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat.



<---- Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.


Source: al-Muslimah, BIL 228, SAFAR – RABIUL AWAL 1432