20120228

CARA MENUTUP AURAT MENURUT ISLAM


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”


2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

 “Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)



3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”


4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)


5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)


6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :

 “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)


7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.



Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptamu..
rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....



Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahui namamu tidak menjadi idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan kami lindungi kami...



Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...



Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini,
berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba,
berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan mereka.



Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad,
Mungkin kau hairan suamiku,
mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.
Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel,
dan ku pohon sebagaian itu sebagai semangatku wahai suamiku,
Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku kalian milik Allah,
dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.



Wahai suamiku,
seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati,
kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...



Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya,
sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...
kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas,
andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...



Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan istikharahya...
InsyaAllah inilah pencarian kita...

Sumber : gadyz ungu

7 JENIS WAJAH MAYAT DALAM KUBUR


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang lain.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

sumber : Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)
"SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA, AMIN..."

20120219

AINUL MARDHIAH


'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.




Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama.



Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya di manakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu, takpernah dilihat di dunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, "andakah Ainul Mardhiah?..." Wanita itu menjawab, "ehh tidakk... saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana..."



Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab. "eh tidakkk, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.
 
 

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua, dan tak pernah dia lihat di dunia. Lalu wanita itu berkata, "akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, "nantiii kamu belum syahid lagiiii.." Tersentak pemuda itu lalu dia terjaga dari tidurnya dan menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.



Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi, dalam menceritakan itu nabi menjawab "benar... benar...benar..." dalam sepanjang cerita tersebut.



Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....



subhanallah...

20120209

Manusia Yang Takut Kepada Allah di Dunia Akan di Amankan-Nya di Hari Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang dirahmati Allah,
Berkata Al- Hasan ra bahawasanya Nabi SAW. telah bersabda: “Allah telah berfirman: Tiadalah Aku menghimpunkan ke atas hamba-Ku dua ketakutan dan tiada juga Aku menghimpunkan baginya dua keamanan.



Jika dia merasa aman dari-Ku di dunia, akan Aku takutkan ia di hari Kiamat. Dan jika dia merasa takut kepada–Ku di dunia akan Aku amankan ia di hari Akhirat. "



Dalam riwayat lain: "Jika dia merasa aman dari-Ku di dunia, akan Aku takutkan ia di hari Aku mengumpulkan sekalian hamba-hamba-Ku. Dan jika dia merasa takut kepada–Ku di dunia akan Aku amankan ia di hari Aku mengumpulkan hamba-hamba-Ku.”



(Hadis Riwayat Ibnu al-Mubarak dan Abu Nu’aim)



Berdasarkan hadis qudsi di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT telah mengurniakan kepada manusia dua keamanan dan dua ketakutan. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :



Pertama : Mereka yang merasa aman dari Ku di dunia akan ditakutkan di hari akhirat.

Kedua : Mereka yang merasa takut kepada Ku di dunia akan di amankan di hari akhirat.



Huraiannya :

Pertama : Mereka yang merasa aman dari-Ku di dunia akan ditakutkan di hari akhirat.

Dunia ini adalah tempat atau medan ujian yang disediakan oleh Allah SWT. Manusia akan di uji semasa hidup di dunia adakah dia akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Jika manusia merasa selesa dan aman dari Allah SWT semasa hidup di dunia maka dia akan abaikan persiapan untuk menuju di hari akhirat , tidak dihiraukan larangan dan tegahan Allah SWT dan tidak dilaksanakan pula suruhan-Nya, maka dia akan menyesal dan takut yang amat sangat apabila di hitung dan di adili di hari akhirat nanti.



Firman Allah SWT maksudnya : "Maka di antara manusia ada berkata : 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' dan di akhirat dia tidak memperolehi bahagian apa pun." (Surah al-Baqarah ayat 200)



Saidina Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah SWT. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, ".Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunan-Nya."



Katanya lag, "Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."



Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.



Manusia yang merasa aman dari Allah SWT di dunia ini dia akan mengikut hasutan iblis terkutuk kerana iblis mengajak supaya meninggalkan agama, jiwa suka mengajak ke arah maksiat, nafsu menyuruh memenuhi syahwat, dunia memujuk rayu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajak untuk melakukan dosa.



Allah SWT menjelaskan bahawa dunai ini adalah tempat main-main dan senda gurau sahaja. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)



Kedua : Mereka yang merasa takut kepada-Ku di dunia akan di amankan di hari akhirat.



Manusia yang takut kepada Allah SWT ketika di dunia ini dia akan mendapat keamanan ketika tidak ada siapa yang boleh membantunya ketika itu kecuali Allah SWT. Dunia banyak memesongkan dan menyesatkan hidup manusia , dunia banyak melalaikan dirinya daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT maka Allah SWT akan memberi keamanan dan kebahagiaan di hari akhirat nanti.



Firman Allah SWT maksudnya : “Kebahagiaan di kampung akhirat itu Kami sediakan hanya bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Qashash ayat 83).
 

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Dan di antara mereka ada orang berdoa : 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. Mereka itulah yang memperoleh bagian dari apa yang telah mereka kerjakan , dan Allah Mahacepat perhitungan-Nya. " (Surah al-Baqarah ayat 201-202)



Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah akan beri kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki. Walaupun mengutamakan akhirat, Allah akan dahulukan bermacam-macam kebaikan buat mereka di dunia lagi. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat mereka.



Sahabat yang dikasihi,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Dunia adalah tanaman untuk hari akhirat."
Berdasarkan hadis Nabi di atas ertinya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan perlu kepada persiapan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari akhirat.



Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau celaka di hari akhirat nanti.



Untuk bahagia di hari Akhirat, kita mesti melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia. Samalah seperti jika kita ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar, maka pokok yang kita tanam perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik.



Begitulah hubungan kehidupan dunia dengan akhirat. Orang yang memikirkan kehidupan di hari akhirat ialah orang yang paling kuat berusaha, beribadah dan membuat kebajikan ketika hidup di dunia.






Sumber :  Abu Basyer